Tabung Maya Puteriku :P

Wednesday, March 28, 2012

WW #12 (Setem Sendiri)

Salam...



Yang berharga RM8, korang hado... Kuikuikui

WW #11 (TQ yunk)

Salam....



Hasil duit refund LHDN :D

Tuesday, March 27, 2012

Oren Segar :D

Salam.....

Oren yang x laku kat umah ni, beli minggu lepas...dari dok simpannn je lam peti-aih tu, baik buat jus... mmg laju je ni, :D



Minum ms cuaca panas2 ni, fuhhh... Hehehe *11biji menghasilkan 1jug*

Monday, March 26, 2012

Bila budak2 Berskype..

Hahaha Gara2 Daddy dia lambat reply.. "Ni ati angry ni"

Saturday, March 24, 2012

Senyum Pagi :D

Salam...


Terbaca katun kat metro hr ni pasal 1 amah 1 tugas, mmg x logik dek akal kan, nasib baik PM kita x setuju....


Kalau x nmpk tu klik la ye utk tumbesaran selayaknya.. Alamklumla,snap dr haiped jek :D

Tuesday, March 20, 2012

MBPJ Perintis Bandar WIFI

Salam...

Pagi ni dok baca metro online, terbaca artikel yang menarik di mana penduduk di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendapat kemudahan WIFI percuma. Perkhidmatan tersebut akan diperluaskan ke kaw2 yg lain di Selangor pada masa akan dtg...

Hmmm, syiok gak kan dpt internet free, nmpk gayanya pasni kalau nak merasa intenet pree nak kena p jenjalan ke kaw selangor je la ek... Kat area umah ni, sempadan antara KL ngan Selangor, kalau nasib baik, ada la... :D

Nak baca lanjut, klik sini

Sunday, March 18, 2012

Friday, March 16, 2012

Wednesday, March 14, 2012

WW #12 (Budi Bahasa Budaya Kita)

Salam....


Hanya di Terengganu kot... x penah lagi jumpa kat tempat lain :D
terjumpa masa odw back to KL masa holiday last year

Tuesday, March 13, 2012

Berskype Dgn Ayahanda... :D

Salam...

pepagi bangun *belom mandi g* terus berskype ngan daddy nya...
kalau daddy ada kat umah asyik gaduhhhh je berdua
daddy nya xde, sunyi plak *xde kawan bergaduh agaknya* heeee

abaikan keadaan meja tu yek :D

Perginya Seorang Yang Banyak Berjasa......

Salam....

Jumaat last week adalah hr last buat Guru Besar SKPP1
ms nak amik anak kat sekolah *ingat majlis dh abes sbb ms tu kol 12tghr++*
alih2 ternmpk sebuah kete yg dihias cantik, dipandu keluar....
mmg terbaik la sekolah ni, masa dedulu xde pong... :D
begitulah kalau seseorang guru tu baik hati dan ikhlas menjalankan tugas, semua orang pon sayang........
moga pengganti beliau lebih baik bagi menjamin kemajuan dan kejayaan sekolah.... InsyaAllah

x sempat nak snap, satu ni je yg ada...

Monday, March 12, 2012

Moga Selamat Semuanya.........

Salam....


mummy, kalau daddy outstation, kita kena tido 2 org je kan... lama plak tuh....

4D3N... off to Bali.. *kalau mummy yg pegi begnya 2-kali-ganda...kuikuikui

yang, jgn lupa ole2 nya yaaaa..... :P

Friday, March 9, 2012

Kuah Rojak Mak Bee + Nasi Grg Black Pepper + PHD

Salam....

mahap la ngan tajuk yang x hengat tuh....
sapa penah makan kuah rojak mak bee? *angkat kebod* ngehngehngeh
hr tu BIL singgah bg sebotol *tol ke ek* kuah rojak ni, dok la simpannnn je lam peti aih tu
xde idea g nak makan ngan apa...hehehe
last week p ngan hb, ternmpk mangga muda *cadang nak buat air mangga hebat mcm kat Melaka tuh*
tapi asam boi lupa beli, terjadi la cenggini...

 sambil menaip pon kecur... muahahaha

ni ghoman kuah rojak mak bee tu *org kata yg tulisan ijo xde gambo ni yg ori, x tau le teman*

Thursday, March 8, 2012

Wordless Thursday

Salam...



Budak teruja dpt eskrem yg boleh dipilih2 nak boh apa... Heeee

First time tau kat sini ada Tutti Frutti :D *haruslah selalu dtg neh*
Xyah pegi jauh dah weh, area umah ni sume ada, burger king pon 5 minit dh smpi... Kuikuikui

Tuesday, March 6, 2012

Saturday, March 3, 2012

PIBG SKPP1

Salam....



PIBG SKPP1... Haihh, dah la sekolah ganti rini, anak kena balik lambat lak... Huuu

Kenapa Orang Islam Sembah Kaabah....

Salam...



Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"


"Baitullah tu apa?" ...


"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?"


"Tak....."


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"


"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."


"Kamu sembah apa?"


"Saya sembah Allah swt"


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"


"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."


"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"


"Pernah...... selalu.."


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"


"Tengok perlawanan bola la.."


"Di mana?"


"Dalam tv la.."


"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."


"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."


"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."


"So..?"


"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"


"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."


"Peliknya.."


"Sebab apa pulak pelik?"


"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."


"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."


"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"


"Ya.. tak pelik.."


"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Friday, March 2, 2012

Lagi Info Menarik untuk Dikongsi...

Salam....

* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

* Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.

* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu.

Thursday, March 1, 2012

Siapa Pakar Matematik....

Salam....



Sapa tau jawapannya ek.... :D
Brand yg sama, jawapan berbeda... Ehehehe