Tabung Maya Puteriku :P

Tuesday, May 22, 2012

Korean Movie - My Way

Salam....



Last weekend kami layan cite Korea "My Way" kat Astro First. Mmg best sgt... Xtau napa kitaorg x tgk kat cinema... hukk

Cerita ini mengisahkan 2 pemuda yang sering bersaing dalam acara marathon. Jun Shik Kim (Jang Dong-gun) merupakan salah seorang rakyat Korea yang dijajah oleh Jepun. Bapa Kim merupakan pekerja bawahan kepada General Jepun yang mempunyai cucu sebaya dengan Kim bernama Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri) yang agak sombong. Dari kecil hingga remaja Kim dan Tatsuo akan bersaing dalam mana2 acara marathon yang diadakan. Kemuncak perbalahan antara mereka berdua terjadi apabila datuk Tatsuo yang disayangi telah mati dibunuh dan bapa Kim pula dipersalahkan.

Rentetan perbalahan antara Kim dan Tatsuo terus terjadi walaupun kedua2 mereka terlibat dalam perang dunia ke 2. Perang Soviet memberi peluang Tatsuo yang berpangkat Kolonel Jepun membuli Kim yang secara paksa telah menjadi tentera jepun. Namun kekalahan jepun di tangan soviet membuatkan kedua2 mereka menjadi banduan kepada Negara Siberia tersebut.

War declaration yang dibuat oleh German terhadap Soviet, membuatkan Kim dan Tatsuo telah dipaksa menjadi tentera Soviet. Namun semasa di Medan tempur yg mana dikuasai sepenuhnya oleh pihak German, Kim telah menyelamatkan Tatsuo dari terbunuh. Dan ini sedikit sebanyak telah mengubah pemikiran Tatsuo terhadap Kim. Kemuncak persahabatan mereka berdua adalah bila Kim mendukung Tatsuo yang cedera melarikan diri dari pihak Soviet dan German. Malang tidak berbau, semasa Kim mencari ubat utk Tatsuo yang cedera dia telah ditangkap oleh pihak German dan terpisah dari Tatsuo. Sejak dari itu, Tatsuo terus mencari Kim dan berusaha membawanya pulang ke Korea....

Namun malang tidak berbau, declaration of war antara tentera perikatan (US, Britain n etc) ke atas German menyebabkan mereka berdua terlibat dalam satu lagi konflik perang yang menyayat hati... Yang lain ni x sanggup nak citer... Nak tau samaada mereka berdua berjaya kembali ke negara masing2 ke tidak, sila nonton kat Astro First.... :D

15 comments:

Daddy Ziyyad said...

Kalau movie dari Korea Utara, tgk tak? ;P

Mak Lagenda said...

mmg nampak menarik filem ni but tak berkesempatan nak tgk lg. Huhuhu..

kakchik@ella said...

dah lama KC tak tengok cerita Korea. Sebelum K-Pop meletop kita dah layan Korea movie dulu. Winter Sonata, Full House .. mcm2 lagi la KC layan.

Melati Qistyna's Mummy said...

Daddy ziyyad : Ada ke yg best doc? :P


Mak lagenda : try la Mak nanti Ada masa, org rs berbAloi2 bayo rm15, hiks


Kakchik Ella : winter sonata n yg seangkatan ngan Nya tu best kan kc... :)

.: iEyLa :. said...

untungla kt umah ade astro..hiks..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

weee...akak layan cerita korea

Adry@Daun said...

Wah! siap ada sinopsis dan ulasan ttg filem ni. Bintang (*) je lupa nk bagi kan... Promote Astro First lagi tu...

LYAfrina said...

biasa kalo tgk citer korea..x sah air mata x mgalirkan

Melati Qistyna's Mummy said...

Ieyla : skang Nk pasangkan dh murah, tp Lo jenis berjalan cm Adik ni, rugi jek pasang, hiks


LM : aah, sejak SAHM ni mmg akak layan Korea, heee


Adry daun : aah la lupa, kekekekeke. Bintangnya mmg berbintang2, sbb mmg best la, td pon tgk lg... Hehehehe


Lyaafrina : lya pon suka tgk ke? Hehehehe

tehr said...

piring astro tak ada la
tak boleh nak tengok
huhu

mama aini said...

ehem layan ..mama pun suka citer korea..hikk2x..

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Nape ntah, tak bape nak layan sgt citer Korea...huhu...tapi, ni mesti kisah adaptasi drpd peperangan Korea vs Jepun dulu2 kan...

caliph shuriken said...

terlalu byk konflik movie ni kn, huh...

el said...

aku dok layan cite love rain skang..lain2 x tgk pun hahahaha

-gedek! said...

my way is the highway!