Tabung Maya Puteriku :P

Wednesday, April 4, 2012

Anak disangka sakit diperkosa jiran tua

KUALA LUMPUR: Naluri seorang ibu yang menyatakan anak perempuannya yang berusia lapan tahun kelihatan sakit membongkar kejadian anak kecil itu menjadi mangsa nafsu jiran mereka yang berusia 50-an dalam kejadian di Sungai Besi.

Mangsa berusia lapan tahun itu mengalami kecederaan di bahagian sulitnya akibat tindakan kejam jiran itu yang merogol mangsa sejak sebulan lalu ketika ibu mangsa yang berusia 40-an keluar bekerja.

Sumber berkata, kejadian itu hanya disedari malam kelmarin ketika ibu mangsa yang baru pulang dari kerja melihat mangsa tidur di ruang tamu, namun dari riak muka mangsa ibunya melihat anaknya itu sakit.

“Pada mulanya, ibu mangsa tidak berniat mengejutkan anaknya itu dari tidur tetapi naluri keibuannya mendesaknya untuk membuat pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu.

“Selepas memeriksa badan mangsa, ibunya terkejut apabila mendapati alat sulitnya anaknya bengkak. Selepas disoal siasat, anaknya mendedahkan dirogol jiran mereka yang berusia 50-an,” katanya.

"Ya Allah, apa nak jadi dgn dunia skrg ni, sebak rasanya bila baca kejadian2 yg mcm ni.. apa perasaan org tua GAMPANG tu yek!!!!"

Sumber

9 comments:

mama aini said...

sungguh kurang ajar !!..jiran yg berhati binatang,sanggup merogol kanak2 yg baru berusia 8 tahun..semuga dia dpt dikenakan hukuman yg setimpal kerana menghancurkan masa depan kanak2 terbabit..hu2x..

Dabel Aa said...

kurang ajar betul la...anak dia elok jaga, tpi buat taik kat anak orang...ishh..mintak dijauhkan la smuanya....

Izan Ishak said...

masyaAllah.. apalah nak jadi dgn org2 tua skrg ni. tak kesian ke dgn budak2 kecik camtu. dorg bukan tau apa2 pun...

Acik Erna said...

ya tuhan..manusia ke apa tu..maaf melati..kasar pulak bahasa acik

-gedek! said...

kurang hajaq sunggoh!

kakngah said...

kuang ajaq punyer ontua.
kasi sula je....

caliph shuriken said...

kuang ajaq laa org tua tu...

tehr said...

Elok sangat yang bersalah tu dihukum dengan hukuman berat
Moga menjadi teladan kepada yang lain

.: iEyLa :. said...

kejamnye la manusia skrang ni...isy2..