Tabung Maya Puteriku :P

Friday, March 2, 2012

Lagi Info Menarik untuk Dikongsi...

Salam....

* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

* Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.

* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu.

9 comments:

Izan Ishak said...

eh akak... entry kita samalah... izan baca kat FB baru jap tadi. terus je share kat blog... hehe...

ada jodoh entry kita arini ye!

Adry@Daun said...

Singgah baca info pasal baby..hehe.. Menarik.

Acik Erna said...

menarik acik suka..nanti nak bagi tau kawan2 yang masih muda..

Zulkifle Othman said...

salam..
selalu begitulah.susah-susah
mesti nak cari mak je kan..
nasiblah ayah nih :)

Noraim said...

kuasa Allah takde sesiapa yh blh menyangkalnya :)

sbb tu la syurga di bawah tapak kaki ibu :)

kakngah said...

aku pernah tgk kat utube point las tu... amazing!

Cik Ina Do Do Cheng said...

info menarik. tima kasih sudi kongsi

apak cikidong said...

apa jadi ehh... kalo lepas lahir terus letak kat dada bapak... hmm semestilah dia tidur muahahahah

mama aini said...

abby , bayi & ibu sgt rapat antara satu dan lain..hu2x..
** sori mama teremo pulak..huk2x..