Tabung Maya Puteriku :P

Friday, February 10, 2012

1CARE diwajibkan untuk semua rakyat M'sia

Salam....


Semua rakyat Malaysia akan diwajibkan menyertai cadangan skim penjagaan kesihatan '1Care for 1Malaysia'. Bagaimanapun, kerajaan masih belum merangka pelan pelaksanaannya.

"Bagi penyedia penjagaan kesihatan, ia tidak wajib tetapi untuk rakyat, ia adalah diwajibkan," kata Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Nasional  (NHF) Kementerian Kesihatan, Dr Rozita Halina Hussein.

Ini, kata dR Rozita, adalah untuk memastikan sumbangan dapat dimaksimumkan dan semua orang mendapat perlindungan yang sama rata.

Sumber

6 comments:

apak cikidong said...

kalau service kat sepital tiptop takpe la gak berbaloi bayar.. huhuu

mama aini said...

icare ni sepatutnya dari dulu lagi tak diperkenalkan.. :)

adianiez AIDA said...

ni yg 10% dari gaji kita tu ekk? hmmmmm tak patut!!! makin byk duit kita di ambil!

-gedek! said...

cepat la rangka, sebelom uncle jadi ragka..!

Mak Lagenda said...

"bg penyediaan penjagaan kesihatan, ia tidak wajib tapi untuk rakyat, ia adalah diwajibkan" < ........ Apa benda yg Dr rozita ni nak kata sebenarnya abby?? Kejap tak wajib, pastu utk rakyat diwajibkan plak. Isk..fening mak debab!!

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina sama ngan mak lagenda, konpius ngan statment dr .rozita tu.