Tabung Maya Puteriku :P

Sunday, August 5, 2012

Warehouse Sales - Shamelin Perkasa

Salam....

Siang td jenjalan amik angin, terpandang plak ada jualan gudang (bergudang2) kat area Shamelin ni haa. Baju budak, kasut, alat solek, pakaian dewasa.. pendek kata semua ada lah and murah2 plak tu. Brand macam2 Kiko, Kauffman, Santa Barbara, Bonita, ellianto, dll. Setakat ni rasanya ada 6 gudang yg tengah buat sales sampai 12 August ni....

 Salah satu gudang (Enuca)
X sempat nak amik gambo bebyk, ni pon ehsan hb, heheheh *mummynye sibuk dok jengah sanasini :D
So pada sesapa yg ada kelapangan, leh la dtg cuci mata sok *smbl cuci poket skali, :P
Alat2 solek menyolek kat Enuca

kat Enuca ni best sket, kalau beli RM30 & above, dpt free gift :D

Friday, August 3, 2012

Aktiviti Bulan Puasa - 2012 (Part I)

Salam....

Ni antara aktiviti2 kami sepanjang bulan ramadhan ni. Disebabkan malas yg teramat, kita combine aje citer nih. So, xyah le nak entry bebanyak kan :)
taun ni sambut pose kat kg, selalunya kitaorg raya jep balik kg, hehehehe

Hari pertama sahur di Mersing...... my MIL sardin masak petai, mabelessss :P
gambo2 lain xde, yg ni je yg mantop... kuikuikui

hari ahad lepas sahur, terus balik KL, takut jam... *pergi&balik kami ikut LEKAS... cepat jek smpi :P

Balik dari Mersing, la tu jugak kita org gi tengok Batiman (TDNR). Serius, hebak! walau berpuasa, kitaorg njoy tgk cite tuh, kehkehkeh
si gurl pon tgk smpi abes....

Hari ke-2 kot, dah start main bunga api ngan daddynye..Sumber Pasar Ramadhan Desa Pandan

First time berbuka di luar.... JM Beriani, Tesco Ampang - 3 org = MYR45(+-). Salah satu tempat fav si gurl
sape nak booking, leh kol no ni 03-92846040

Yang ni lak berbuka ngan keligs hb Nandos, JJ Maluri plak 8 org = MYR179. terbaekkkk *ni pon antara tmpt fav gurl :D
skang ni xleh nk kol dh kalau nk booking, nak kena bayo dl, haishhh

Walaupun buka ngan KFC aje, kita org sebenarnya ade plan lain :) MYR20++

Sebenarnya plan dtg The Mines nk cuci2 mata smbl cuci poket hb, hiks

First time dalam hidup buat kuih raya. *sunggoh, x tipu :P
Biskut Oat je pong, dpt sebalang kecik jep... hb kata nanti nk wat lg, hehehehe *buat pon yg senang bangat jep, ahahahaha


p/s: Menyusul part 2 plak nanti yek, tp xtau la bila, kuikuikui *hah, ni buat mak yg dok sergah suh hapdate blog usang ni, muahahahaha

Tuesday, July 24, 2012

Happy Birthday to our Hero.... :D

Salam....

Ermmm, terlambat up n3, just simple n3 to our hero...
Selamat Hari Lahir, smg terus sihat demi kami :D


RV yang meletops yang dah selamat kami telan sebelum puasa lagi...
Mmg sedap sgt, first time try terus jatuh cinta... Sesapa yg nak oder, leh trus berhubung ngan CikMin Macarons... Sure x nyesal punye... :P

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa Buat Semua....

Salam....

Hmmm, mmg lamaaaaa sgt x berupdate blog usang ni, walau apa pun, dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua kawan2. Maafkan jua kesalahan kami ye.. :D


#pic credit to en goggle :P

Wednesday, June 13, 2012

Mutiara Kata...

Salam...


If you are stressed, you’ll get pimples.. if you cry, you’ll get wrinkles..So, why don’t you smile & get dimples? Keep smiling its very simple...


Friday, June 8, 2012

Mencari Orang Hilang (tlg spreadkan)

Salam....




Mohon bantuan semua...

Nama : Fatin noralyani nadhirah binti jamaludin
Umur : 15 tahun
Nama sekolah : SMK saujana impian, kajang, selangor
Tarikh hilang : 6 June 2012

Disyaki menaiki bas menuju ke pudu raya, kl pada Pagi 6 June 2012, (mungkin dlm 9 Pagi) dipercayai ke mid valley megamall/berjaya times square.

Thursday, June 7, 2012

Kebosanan....

Salam....

Sian si gurl ni kalau x skolah, kebosanan...pas iPad, katun, pas katun, ps2, buku x disentuhnye, hukk.... aritu dh seminggu balik kg, daddynye bkn bleh cuti lelama... bwk p taman pon jadi lah... :D


Ni pas balik ngaji, terus je singgah kat taman area umah jek...

Pstt, janji berupdate skit kan blog neh, hakhakhak *gambo byk jek, xtau mana nk mula,nilah penyakit kalo dh tiggal lama, MALAS, hehehehehe

Tuesday, May 22, 2012

Korean Movie - My Way

Salam....



Last weekend kami layan cite Korea "My Way" kat Astro First. Mmg best sgt... Xtau napa kitaorg x tgk kat cinema... hukk

Cerita ini mengisahkan 2 pemuda yang sering bersaing dalam acara marathon. Jun Shik Kim (Jang Dong-gun) merupakan salah seorang rakyat Korea yang dijajah oleh Jepun. Bapa Kim merupakan pekerja bawahan kepada General Jepun yang mempunyai cucu sebaya dengan Kim bernama Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri) yang agak sombong. Dari kecil hingga remaja Kim dan Tatsuo akan bersaing dalam mana2 acara marathon yang diadakan. Kemuncak perbalahan antara mereka berdua terjadi apabila datuk Tatsuo yang disayangi telah mati dibunuh dan bapa Kim pula dipersalahkan.

Rentetan perbalahan antara Kim dan Tatsuo terus terjadi walaupun kedua2 mereka terlibat dalam perang dunia ke 2. Perang Soviet memberi peluang Tatsuo yang berpangkat Kolonel Jepun membuli Kim yang secara paksa telah menjadi tentera jepun. Namun kekalahan jepun di tangan soviet membuatkan kedua2 mereka menjadi banduan kepada Negara Siberia tersebut.

War declaration yang dibuat oleh German terhadap Soviet, membuatkan Kim dan Tatsuo telah dipaksa menjadi tentera Soviet. Namun semasa di Medan tempur yg mana dikuasai sepenuhnya oleh pihak German, Kim telah menyelamatkan Tatsuo dari terbunuh. Dan ini sedikit sebanyak telah mengubah pemikiran Tatsuo terhadap Kim. Kemuncak persahabatan mereka berdua adalah bila Kim mendukung Tatsuo yang cedera melarikan diri dari pihak Soviet dan German. Malang tidak berbau, semasa Kim mencari ubat utk Tatsuo yang cedera dia telah ditangkap oleh pihak German dan terpisah dari Tatsuo. Sejak dari itu, Tatsuo terus mencari Kim dan berusaha membawanya pulang ke Korea....

Namun malang tidak berbau, declaration of war antara tentera perikatan (US, Britain n etc) ke atas German menyebabkan mereka berdua terlibat dalam satu lagi konflik perang yang menyayat hati... Yang lain ni x sanggup nak citer... Nak tau samaada mereka berdua berjaya kembali ke negara masing2 ke tidak, sila nonton kat Astro First.... :D

Tak Sampai Dua Minit....

Salam....

Dalam dok bising2 panggil mummy suh teman dia tido, x smpi 2 minit lepas tu mummy masuk....


Hehehe, penat punye pasal... minggu ni exam smpi hr rabu, moga2 terang hati anakku... Aminn


Kenangan... flower frm her sempena Hari ibu... Tima kasih sayang.... :D

Monday, May 21, 2012

Pesanan dari Polis DiRaja Malaysia

Salam Isnin... :D


Jika korang memandu diwaktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam jangan pasang wiper atau pancut air.

Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat hingga korang tiba ditempat selamat. Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan korang yang akan memaksa korang berhenti.

Disitulah korang akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru yg digunakan oleh perompak dijalanan.

Pesanan dari Polis DiRaja Malaysia.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Salam....

Selamat hari guru buat semua yg bergelar pendidik sm ada secara langsung atau tidak langsung... Tanpa mereka, siapalah kita....



Hishh, bila la ada kelebihan vitamin "R" ni, blog x berupdate pong, hukk

Sunday, May 13, 2012

Dari Dia Yang Bergelar "Adik"

Salam....

Tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu,
Tidak ada tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu,
Tak ada bunga yang paling cantik selain senyumanmu,
Tak ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti yang dicetak dengan langkahmu,
Kau adalah alasan kenapa aku ada,

Keajaiban dalam hidup, adalah terlahir dari rahimmu,
Seorang wanita yang telah memberi kami cinta dan pengorbanan.

Selamat Hari Ibu.

Terima kasih buat adikku yg soramm ni krn mengsms bait2ayat yg begitu manis... ehehehe. Sayang dia... *bighug* selamat Hari ibu jua buat ibu2 dan jua bakal2 ibu....


Ahahahaha....

Friday, May 11, 2012

10 Facts About You....(Sajesukasuka)

Salam...



Sengal kan, byk tol ms dorg ni buat mende gini, hiks

Thursday, May 10, 2012

Fazura & Tengku Mahkota Johor...

Salam...

Sape dh penah nengok gambo neh? ^_^


Sweet kann... *fazura & tengku mahkota Johor @ universal studio s'pore

Wednesday, May 9, 2012

From Turkey With Love... :D

Salam...


Opsss, hazelnut tu dh siap bukak, x nyabo... kehkehkeh


Dapat cenderalimpa *bak kata kak Halima* dr Turki sbb dpt teka nama anak kpd sepupu hbnya.. hiks. Terima kasih buat Kak Halima@mohKembara yg susah payah poskan. :D


p/s : yg kaler fefel cm cungkil gg tu, buat cucuk mkn buah *sib baik den x telan, memula ingat cekelat,hukk. *sib baik ada surat centa dr kak Halima, la x harus kugigit, muahahaha

Tuesday, May 8, 2012

Sama tapi x serupa

Dah macam xde beza dah meke smua ni. Yang bestnya, gambar kanan tu x masuk wanted list....


Friday, May 4, 2012

49 Individu Dikehendaki Polis.... (Bergambar)

Salam.... Seramai 49 orang individu yg terlibat dgn bersih 3.0 dicari oleh pihak polis. Nak baca details, sila ke sini .
Hah, ada x gambo korg kat dlm tuh, mana la tau, tgh supin2 kat sogo, tetiba ada kamera captured, kehkehkeh. Nak tgk gambo penuh yg 49 org tu klik sini #ehh, ada pompuan sorg lah.. hukk Sumber

Monday, April 30, 2012

Saturday, April 28, 2012

The Avengers - 3D

Salam...

Mlm td kitaorg layan movie Avengers, first time kot kuor2 je movie kitaorg terus tgk, 3D lagi, menjakun anakberanak, hahahaha. Tp hampa sbb si gurl x dpt spek transformers tu, so terpaksala kongsi ngan mummy, memula cm takut je dia nk try, cm pelik jek, :P last2 dia try sonok plak, sib baik kejap jek, pastu dia bantai tido... Kehkehkeh...



*one big group yg layan movie mlm td, :D

Director Fury
Steve - Capten America
Bruce - Hulk
Stark  - Ironman
Agent Natasha - Blackwidow
Agent Barton - Hawkeye
Agent Phil Coulson
Asgard - Loki si jahat
Asgard - Thor si hero
Alien Army - Chitauri

Mengisahkan Loki yg turun ke bumi bg mendapatkan tesseract dari pihak S.H.I.E.L.D yang diketuai oleh Fury. Tujuan Loki mencuri tesseract disebabkan ianya boleh membuka pintu ruang masa dan membawa masuk tentera asing yang kuat dikenali sebagai Chitauri.

Semasa pertama kali Loki turun ke bumi, dia berjaya merasuk Hawkeye yang mahir memanah dan beberapa agent S.H.I.E.L.D yg lain. dengan bantuan Hawkeye Loki berjaya mencuri tesseract dan melarikan diri dari Fury. Terdesak dengan situasi semasa, Fury tiada pilihan melainkan mengumpul ke semua wira2 bumi bg menubuhkan sebuah kumpulan yg dikenali sbgai Avengers.

Pertama sekali, Blackwidow dipanggil balik dari tugasan sulit di rusia utk tugasan baru iaitu memjuk Hulk bekerjasama bagi mengesan tesseract. Fury pula berjaya memujuk Capten America dan Ironman.

So, tugasan pertama capten america adalah menangkap Loki dan dengan bantuan ironman merek dapat mnjlnkan tugas tanpa perlu bekerja keras. Namun dlm perjalan membawa Loki ke kapal induk S.H.I.E.L.D mereka diserang Thor yg mahukan adiknya Loki diadili di Asgard namun ianya ditentang keras oleh ironman dan capten america. Maka berlakulah pergaduhan ibarat dewa antra mereka bertiga sehingga merosakkan hutan simpan mana ntah.

Namun setelah menyedari kemusnahan yg berlaku disebabkan oleh mereka, perbalahan akhirnya dihentikan dan Loki dibawa ke kapal induk tanpa mengetahui niat sebenar Loki yg sememangnya mahu dirimya ditangkap.

Di kapal induk, wira2 bumi ni masih sibuk bertelagah antara satu sama lain lebih2 lagi antara capten america yg terlalu komited ngan ironman yg suka berlagak. Tanpa disedari kapal induk mereka diserang hendap oleh Hawkeye dan Hulk pula berjaya dipengaruhi oleh Loki. cubaan Thor menghalang Hulk gagal, capten america dan ironman sibuk membaiki kapal induk yg rosak kalau tidak mereka akan terhempas dan blackwidow sibuk bertempur dgn Hawkeye. Namun setelah semuanya pulih, merek sedar yg mereka tidak mempunyai masa yg lama sebelum tentera chitauri turun ke bumi dan kematian Agent Phil telah menyatukan mereka semua menghadapi detik2 pertempuran dengan tentera chitauri...

Sekian. Uiks, cm pjg jek sinopsis ni, kuikuikui. Yg ptg, cite 2jam dh jd sejam, heheheh. Kalau korg nk tgk kehebatan cite ni, tgklah kat pawagam2 berdekatan yek, :D

Friday, April 27, 2012

Tak Dapat Daddy, Boxer Pon Jadi :D

Salam....

*xtau dah nak boh tajuk ape, boleh la tu ekk... kehkehkeh


* Fokuskan kat boxer biru yg dia pakai tu :P

lepas kena marah ngan mummy, tertido...
kononnye nak mengadu nasib ngan daddy, tp daddy lak balik keje lambat, pakai boxer daddy pon jadi lah, heheheh *siannnn*

Pagi Jumaat Yang Maha Hebat.... Jemmmmmm

Salam.....

nape jem yg hebat hari ni yek, ke kat area pandan ni jek, area lain xde.... hukk
kuor umah seawal jam 7 pagi anto si gurl ke sekolah yg jaraknya x sampai 5minit...
lagi 3minit 7:30 sampai sekolah... sian si gurl tergopohgapah... :)



yg peliknye, hala balik xde lak jem, smpi umah dlm ms 5minit jek, hala ke KL yg jem terukkkkkkk
ke jln2 utama dah mula ditutup sempena BERSIH esok, haihh... menyusahkan la... hukk


p/s 1 : esok gurl sekolah lg, 2x sabtu berturut2, last week ganti, esok ada kem solat bestari lak.... sian dia...
p/s 2: mlm kang kitaorg tgk The Avenger 3D... kol 10 @ TGV Shamelin.... :P

Thursday, April 26, 2012

Myeg... Saya mesti pilih... Kuikuikui

Salam...




First time buat insuran/rtax gn myeg, terbaikk lah... Buat smlm, arini dah terpacul depan pintu, foc delivery lagi. Kamu org penah renew guna myeg?



P/s : kete yg xcident ritu dh siap, haihh, 2bulan tu.. smpi rtax pon mati.. hukk. Skang ni nk kena cr ms lak turun Melaka amik...

Very Trueee.... :D

Salam....



* klik utk tumbesaran selayak mata anda...


Apa pendapatan anda? :D


Posisi Imam Dan Makmum Dalam Solat Berjemaah

Salam...
Sekadar berkongsi....

Tuesday, April 24, 2012

Welcome to a Wolderful World :D

Salam....

presenting... 

Nurul Damia Qistina
21 April 2012 (7:44PM)
2.44kilogs

byknye no 4....  :P
congrates to my little sister, hp to recover well

Thursday, April 19, 2012

Wordless Thursday (Tido pon nk berkawan)

Salam....




Haihh, lama betul x update blog, baca blog kengkawan rajin, nk update blog sendiri, malas yg amat, hukk

Friday, April 13, 2012

Pre Public Holiday - Happy Birthday

Salam...

ni kesah sebelum cuti Pertabalan Agong haritu...
kawan kami nak surprisekan birthday party kat tunangnye *tunangnye tu keligs hb*
nak bawak kami makan2 je pon, suh kami carikan tempat makan best... heeee
hb cadangkan kat village view, bandar baru bangi
dl kamiorg penah mkn ngan famili hb kat sini, makanan ok dan yg penting harganya berbaloi2
tp ada gak rasa cuak, sbb kami pergi tu 2tahun lepas kot
kang x sedap naya je dok rekemankan org.... huhuhu
tp seb baik lepas mkn sume, tuan punye badan kata ok *kalau x ok pon mana ku tahukan, muahahahaha*

suasana pon ok, ada ikan besor2 lam kolam dorg

Thursday, April 12, 2012

Hari Pertabalan & Battleship :D

Salam....



Amacam cuti kamu org, kami x kemana pon, berehat2 je kat umah smpi tghari
Tp petang tu kami nonton wayang, cite baru keluor... "Battleship"
Teruja sunggoh *sbb kami mmg dh aim nak tgk ni sblm cite ni kluor lg* smpi kami beli on9 jek sbb takut p sana teket abess... hukk
Ingat beli on9 , cepat la kan claim teket, tp...

Tutup plak, nyamfah tau, nak kena beratur lane yg ramai2 gak, haihh

Tp yg pentingnya cite ni best... :D

ehh, tp ada gak keburukan beli on9 ni, kapel seat *kami selalu amik kapel seat, muat utk kami bertiga :P* yg boleh dipilih sikit jek, untuk seat yg strategik sume kena walk in... x best... xbest...

Wednesday, April 11, 2012

Tsunami Travel Times & Initial Tsunami Wave Prediction Arrival Times Issued By Pacific Tsunami Warning Centre

Salam...



1. Georgetown - 09:11pm 11th April 2012 MY Time
2. Port Dickson - 02:10am 12th April 2012 MY Time
3. Singapore - 07:51am 12th April 2012 MY Time



Semoga kita semua dijauhkan dari segala musibah... Aminnn

Tuesday, April 10, 2012

Benda Pertama Yang Dia Cari...

Salam....

Sampai2 jek umah, letak beg.. benda pertama yg dia cari, hari2, without failed... huhu



Sedang asyik dok geget kain bucuk dia... hiks, yang lain2 tolak tepi dl... :D


P/s : esok cuti, selamat bercuti buat sume, tp... 21hb ni skolah ganti, x sukeee skolah ari sabtu, hukhuk

Saturday, April 7, 2012

Eczema dan Jus Manggis

 Salam....
 

 Jus Manggis RM60 sebotol

belinya quite sometime ago... lepas kakak guard kat sekolah si gurl rekomen *pas tgk si gurl selalu gatal2*
pastu terbaca kat blog salah sorg blogger ttg khasiat manggis


so apa salahnya try
Alhamdulillah, dgn izinNya, kulit si gurl bertambah baik, nak2 yg bahagian leher.... *tp still gak menggaru kalau balik dr sekolah*
bagi minum jus cenggitu jek dlm 10ml sekali sehari.... *baunya mmg x best, tp jus tu mmg sedap rasanya, si gurl pon senang jek minumnya*
tp tulah, maknye ni selalu lupa, kdg2 ada skip gak, hukk
kalau nak baca ttg khasiat manggis ni, boleh belek blog ni yek

Friday, April 6, 2012

Cats for Adoption....

Salam....


comey kan, 5 ekor sumenya..... sapa nak, drop komen hek
my BIL punyer, xde org nak jaga... dia kena balik kuantan, wife plak dh preggy...
lokasi sepang sanun :P

Aquaria-Wrath of the Titans-Puan Syikin :)

Salam....

*abaikan tajuk tu yek...ngeee*


haihh, malas sungguh nak update blog... *malas yg hamat... hukk*
cite pon dah basi dh, tp tetap nak tulih kat blog ni buat kenangan si gurl

sabtu lepas dia kuor, tp bukan dgn kitaorg... ngan makpak angkat dia *bak kata apak ehh*
acc nak panggil makpak angkat pon muda lg dorg tuh, heh
dh janji lama nak kuor, tp asyik la ada je halangan
so last week, pepagi lagi si gurl bangun-bersiap-tunggu *kak ika* dtg
nak tau dia p mana.... :D

jaga2... piranha :P

 kiss....

 whoaaaaa.....

  peace..... @ Aquaria KLCC


kitaorg pon lom penah masuk lagi sini, *asyik je bertangguh daddy tuh, huh*

pandai lak dia buat cenggitu :P

pastu ada g dorg p jenjalan Times Square kot, yg penting kak ika tanya nak mkn apa, siap request Nandos ngan Tutti Frutti, *huh, x agak2....muahahaha* 
sementara si gurl jenjalan... kami berdua dok aje kat umah, haish

hari ahad kami pon xde xtvt gak, just kuor makan ngan tgk wayang jek...
nway, sapa dah layan cite nie?

ehh, mmg best la.... gaduhh jek dr awal smpi akhir.. heheheh

errr, rasanya belom terlambat kot nak ucap tahniah buat puansyikin yg selamat melahirkan bb boy pada 3 April 2012. selamat berpantang yekk :P