Tabung Maya Puteriku :P

Saturday, December 31, 2011

1 Hari 1 Movie.... :D

Salam....


lama gak x update blog ni ngan aktiviti kitaorg... asyik dok update ngan benda lain je...heheheh
hmmm, xde yg menarik pon nak di kongsi kat sini... cuti2 skolah ni jenjalan g shopping mall je lah...keh3x....
cuti pon tinggal beberapa hari je lagi.... nasib baik sume baju2 si gurl dah siap beriron....
senin sok baru nak p amik buku teks ngan beli buku tulis.... haish lambat plak sekolah si gurl ni agih buku teks

ni kejadian minggu lepas... dh lama gak kami x layan movie...
so minggu lepas kebetulan hb cuti 3hari.... so apalagi....
hari pertama kami layan

MI - Ghost Protocol

cite ni mmg best..... dr awal sampai akhir....hehehehe

hari ke2 kami layan cite





Sherlock Holmes

mulanya hb xtau nak tgk cite ni ke twilight.... tp mummy menggunakan kuasa veto.... keh3x...
twilight tu bkn nye ada apa pon, asyik2 gaduh...terbang2...huhuhuh

awal cite ni mmg boring je, tp dh nak masuk separuh jalan cite smpi ke akhir mmg best... cume jenis cite org putih jaman dulu2 la... bukan yg moden...heheheheh
oh ye, kali ni kami layan wayang kat tempat baru....'Shamelin 1 Shopping Mall'.... TGV lagi...
so lepas ni gigih la kami tgk wayang sbb tmpt baru ni 5 minit je drive...muahahaha
rasanya ni penutup movie kami bagi taun 2011 ni kot... xtau la kalau sat g hb ajak tgk plak...heheheheh

hari ke3 cuti hb tanya nak tgk wayang lagi x.... kami mcm dh boring je... :)
so berjalan2 je kat The Mines... sambil cuci2 mata


teringin nak amik gambo ngan Santa... hehehehe


masa ni ada ice skating.... si gurl teringin... tp dia takut jatuh plak...huhuhuhuh


:. US .:
"SELAMAT TAHUN BARU 2012" buat semua teman.....

P/S : Jangan masuk toilet pukul 23.59 malam ni ye....... Kerana anda hanya blh kluar tahun depan...HªªHªªHªªHªªHªª..

Friday, December 30, 2011

Thursday, December 29, 2011

Ellie Suriati Keguguran Di Lokasi Filem Penanggal.....

Salam.....




Bayi berusia 5 bulan yang dikandung oleh pengarah filem Penanggal iaitu Ellie Suriati keguguran tengahari tadi. Kejadian tersebut berlaku sewaktu Ellie sedang menyiapkan filem Penanggal, filem pertama arahan beliau di Kuala Kangsar. Jenazah bayi tersebut dijangka akan dikebumikan malam ini.

Berita tersebut disahkan oleh pihak penerbit filem tersebut.

AlFatihah.....

Wednesday, December 28, 2011

Only in Malaysia.... kot... :D

Salam....



Curi RM 20.00, penjara 36 bulan?
Curi RM107.40, penjara 24 bulan?
Curi berjuta-juta, penjara 12 bulan?

Pengajarannya: kalau curi cukup banyak, maka tidak akan dipenjarakan?

Sunday, December 25, 2011

Baik Punye : Sapa nak amik keje.... :D

Salam.....


Susahnya..... Kerja keras nih nak tanggung anak....
Basuh periuk belanga pun kena bawak anak skali...huhuhuh





P/s : Merry Xmas to those who celebrate..... :)

Saturday, December 24, 2011

Friday, December 23, 2011

Anwar Kantoi Lagi!!!!!

Salam......

bukan nak berpolitik..... sekadar berkongsi.....

************************


Anwar Ibrahim dan PKR tentu gigit jari dan akan terasa 'bodoh sangat' apabila membaca blog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang jawab terperinci berhubung polemik pinjaman Bank Dunia yang mereka cuba dakwa beliau berbohong.

Dalam tulisan terbaharu di blog peribadinya, www.chedet.cc Selasa Dr Mahathir menjelaskan isu pinjaman tersebut bersama-fakta-faktanya sekali.

Anwar sebelum ini berhempas pulas cuba nak 'spin' isu kononnya Dr Mahathir ada tulis surat kepada Bank Dunia minta pinjaman ketika negara menghadapi krisis ekonomi .

Untuk menguatkan dakwaan, mereka tunjuk kepada wartawan beberapa dokumen yang mereka anggap bukti bekas Perdana Menteri meminta pinjaman

Dr Mahathir sebaliknya menerangkan satu persatu berdasarkan fakta dan di akhir tulisannya beliau menegaskan tidak pernah menulis surat meminta pinjaman seperti yang didakwa Anwar dan mencabar ketua pembangkang itu untuk bersumpah junjung Al Quran di masjid bagi membuktikan kata-katanya benar.

Serentak dengan itu beliau tegaskan; "Saya bersedia untuk bersumpah yang saya tidak pernah minta pinjaman Bank Dunia."

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyentuh isu dakwaan Anwar itu dalam ucapan beliau pada Majlis Makan Malam Gala 'Tun Dr Mahathir: Legasi Tersohor' serta pelancaran Program Kepimpinan Ulung Mahathir (MDIP) di PWTC Selasa malam.

Najib berkata Dr Mahathir juga telah menjadi penyelamat ekonomi negara ketika dunia dilanda krisis kewangan apabila menolak untuk menyerahkan Malaysia kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"... dan saya boleh menyokong apa yang Tun (Mahathir) sebut bahawa dia tentu sekali tidak akan menyerahkan negara kita kepada penguasaan IMF dalam apa jua keadaan.

"Sebaliknya kalau ada orang nak tuduh dia (Tun) menulis surat itu, saya fikir itu mengarut belaka," katanya.

Berikut adalah terjemahan tulisan Dr Mahathir yang telah disediakan oleh Agenda Daily.

1. Tuduhan bahawa saya menulis kepada Bank Dunia meminta pinjaman adalah tidak berasas. Tetapi Malaysia telah meminjam 'project loan' dari Bank Dunia sejak 1958.

2. Rundingan terakhir untuk pinjaman yang dibuat pada tahun 1997. Ini adalah untuk projek-projek berikut:

a) Sektor Pendidikan USD244 juta

b) Sektor Sosial USD60 juta

c) Sektor Teknikal USD100 juta

3. Krisis mata wang juga bermula pada tahun 1997. Seperti kebiasaannya, pinjaman tidak diluluskan sehingga 1999 setelah krisis tamat. Urutan biasa untuk permohonan pinjaman yang dibuat, diikuti dengan rundingan. Kelulusan akan diberikan oleh pihak bank kemudian.

4. Bank Dunia mahu Malaysia meminta pinjaman bagi menyelesaikan krisis seperti negara-negara lain yang terjejas oleh perdagangan mata wang. Memang diketahui Malaysia enggan untuk mendapatkan bantuan IMF atau Bank Dunia kerana. Sebaliknya, pada tahun 1998 Malaysia memperkenalkan kawalan mata wang Malaysia yang membantu pemulihan ekonomi.

5. Pada bulan Jun 1998 (sebelum kawalan mata wang dan Anwar masih Menteri Kewangan) pinjaman bagi USD 300 juta telah ditandatangani dengan Bank Dunia untuk;

a) Kumpulan Wang Program Makanan

b) Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi

c) Program Mikro Kredit

6. Pada 31 Mac 1999 pinjaman sebanyak USD 100 juta telah ditandatangani bagi Bantuan Teknikal dan untuk mengatasi masalah Y2K. Walau bagaimanapun, pinjaman ini telah dihentikan selepas dikeluarkan sebanyak USD 11,94 juta.

7. Daripada USD 244 juta Projek Pendidikan yang telah diluluskan pada bulan Mac 1999, pembayaran telah diperintahkan supaya berhenti selepas USD 216.7 telah dikeluarkan.

8. Pinjaman Sektor Sosial USD 60 juta, yang diluluskan pada bulan Mac 1999, hanya USD 600,000 telah dikeluarkan sebelum ia berhenti.

9. Oleh kerana seluruh dunia tahu Anwar seperti laporan di dalam akhbar dan majalah asing berhasrat melaksanakan dasar IMF tanpa pinjaman IMF. Beliau menaikkan kadar faedah, mengurangkan tempoh untuk mengisytiharkan pinjaman tidak berbayar dari 6 bulan hingga 3 bulan, peruntukan bajet dikurangkan kepada kementerian untuk mencapai lebihan belanjawan dan sebagainya.

10. Walaupun beliau tidak menentang (dasar) kawalan mata wang, Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara yang dilantik olehnya enggan untuk melaksanakan dasar dan meletak jawatan. Tan Sri Zeti kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

11. Seperti yang dinyatakan di atas, Malaysia berhenti berunding mengeluarkan pinjaman dengan Bank Dunia pada tahun 1997 dan Jun 1998. Ini tidak menghalang Malaysia pulih daripada krisis.

12. Saya tidak pernah menulis surat atau secara (mengemukakan) permintaan lisan untuk pinjaman dari Bank Dunia. Jika Anwar boleh menunjukkan bukti bahawa saya telah lakukan, maka hendaklah dia (tunjukkan bukti itu). Gagal (berbuat demikian) dia perlu bersumpah Al-Quran di dalam masjid bahawa dia tahu apa yang dikatakannya itu adalah benar. Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman dari Bank Dunia.

sumber

Wednesday, December 21, 2011

:D

Di suatu pagi yang hening di sebuah rumah....

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
 
 muahahahaha.....
 

Sunday, December 18, 2011

Naruto kat Tesco Ampang....

Salam....



:D

Kes Perkahwinan Gay Pertama Malaysia, Ariff Alfian Rosli

Salam.....

Mesti ramai yang dah terbaca tentang berita ni kan.....
Pg td ms bw kt blog mama, ada gak terbaca tentang kisah ni....
Moga2 beliau berpeluang untuk pulang ke pangkal jalan... Amennnn...




Isu terpanas ketika ini. Isu Ariff Alfian Rosli yang mana merupakan seorang pelajar dari University College Dublin berasal dari Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang didadapati telah berkahwin dengan seoarang lelaki.

Isu penuh kontroversi ini terdedah setelah satu kenyataan dan gambar telah dihantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan bahawa seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS telah berkahwin dengan teman lelakinya. Lelaki itu disahkan bernama Jonathan dan mereka berkahwin di Dublin, Ireland

Sumber

Saturday, December 17, 2011

Wednesday, December 14, 2011

WW #8 (Terima Kasih Mak....)

Salam....

Sebenarnya n3 ni up lepas n3 ni...  memandangkan nokia ku tenggelam air masa jimba2 kat sinun, sume bukti cemolot ngan maklagenda hancusss, *setaun tu...huhuhuh* nasib baik ada bukti lain...... *ni pong lepas cari2, godek2... tmpt brg si gurl*


sorry ye mak... :D

Tuesday, December 13, 2011

Monday, December 12, 2011

Santai.... :D

Salam.....


jom release kan tensen sempena minggu baru yang biru ini :P


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Sunday, December 11, 2011

Ekzema.... sukar dikesan puncanya & Panduan Pengurusan

Salam......

sekadar rujukan buat diri dan berkongsi dgn teman2 yg ada anak Ekzema atau mengalaminya sendiri....

AMARAN *Artikel yg sgt pjg*


SALAH satu masalah penjagaan anak yang sering dihadapi kebanyakan ibu bapa adalah menguruskan bayi yang menghidap ekzema. Ekzema kanak-kanak atau lebih dikenali ekzema atopik bukan lagi asing di kalangan masyarakat hari ini.
Dianggarkan satu daripada lapan bayi menghidap ekzema dan jumlah ini semakin bertambah setiap tahun. Malah, pakar dermatologi menyifatkan ekzema penyakit negara perindustrian kerana kadar kelazimannya yang kian meningkat di negara maju.

Walau bagaimana sukar sekalipun merawat ekzema, sebenarnya penyakit ini boleh diuruskan dengan bijak sekiranya ibu bapa mengetahui cara pengurusan ekzema dengan betul.

Menurut pakar kanak-kanak daripada Klinik Pakar Kanak-kanak Baby & Beyond, Dr Su Lin Chow, ekzema atopik ialah sejenis penyakit kulit yang berlaku akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.



Saturday, December 10, 2011

Tesco @ Home Plus - South Korea

Salam....

Bijak...bijak.... Try tgk video ni... :)


When grocery chain Tesco wanted to expand their market share in South Korea, they came up with a brilliant idea.
Because the people in South Korea work long hours they thought of an efficient way to sell their products. The Korean subsidiary Home Plus put up billboards in subway stations with their range of products, accompanied by QR, or Quick Response codes. All people had to do now is scan the QR codes with their cell phone and the groceries were delivered to their doorsteps.

Friday, December 9, 2011

Susah beno nak cabutnya.... :D

Salam.....

baru gigi susu yg ke 4 tercabut..... yg 3 btg dlm bulatan tu gigi baru, yg lain sume gigi susu....
bukak skolah ni dah jah 2..... slow yg amat gigi si gurl ni...hehehe
yg ni mummy cabut masa dia tido mlm td, pagi td bangun dh ngongak...muahahahaha *suh dia cabut sendiri xmau, asik kata sakittttt je, padahal gigi tu dok tergantunggg je...heheheh*
ni pon kena paksa amik gambo.... *tu yang mata ke lain tuh...hahahaha*
daddy nye ckp *stetmen nak pujuk si gurl* lagi 5hari, gigi aty tumboh yg baru la... *matik la*

aty, meh mummy amik gambar satu ye...
xnak....
meh la, nanti gigi tu cepat tumboh.... kalau x lambatttt je nanti gigi tu baru tumboh....
yeke mummy?
ye laa.....
ok.....


ada lagi 2btg gigi dok goyang.... ingat nk bawak si gurl ke dentist, senang skit... cabut dedua skali....hehehehe

Try googling this..... :D

Salam.....

(sqrt(cos(x))*cos(200x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(9-x^2), -sqrt(9-x^2) from -4.5 to 4.5

pergghhh... boleh gerak2 tu....

U will get this...hehehe. nice... :P

Thursday, December 8, 2011

Hajat Tercapai :D

Salam....

ini cite malammm tadi...*err, jgn terbiru plak otak ye...hahahah*
sbona eh dh lamaaaa sgt teringin nk benda alah ni....
tp asik kelupaan je....
mlm tadi, ajak hb pegi 711...
beli dan makan smbl pusing2 ke KLCC...ehehehehe

Cuti-Cuti Malaysia - from Kuala Krai to Kuala Terengganu

Salam.....

Selepas sibuk 3H2M kat Kuala Krai, Kelantan. Kita org teruskan perjalanan ke negeri seterusnya iaitu Terengganu "Kuala Krai-Machang-Setiu-Kuala Terengganu" (xde tol except minyak kerete RM50 je and lebih kurang 2jam perjalanan). Ikut perancangan awal, sepatutnya kita org terus balik KL. Tapi, kita org mmg suke bende yg x plan ni sbb cabarannya kekadang best skit and sukar dilupakan. Kat sini pun kita org stay selama 3H2M kat Hotel Teratai Tenang (RM95/night - aircond, astro, wifi). Boleh dikatakan kat Terengganu ni syiok giler la. Ye la kan, bleh lepak2 kat pantai, jalan2, bleh shopping2 dll. Yang terlebih suka dah tentulah mummy nye...muahahahaa

Venue1: Dalam kereta
Boleh kata sepanjang perjalanan ni hujan sokmo. Dah la tu lebat semacam hujan nye sampai satu tahap, x bleh nak drive langsung kete. Risau gak takut2 banjir lebih2 lagi area Setiu. Anyway, hb kita sukakan cabaran, so kita org teruskan jugak..

Venue2: Masjid Terapung, Kuala Terengganu
Aplikasi Gambar: Klik Sini

Wednesday, December 7, 2011

Apa yang dorg cari ye.... :D

Salam.....

ni first time buat n3 pasal carian kt blog ni, dr minggu lepas sampai minggu ni... x abes2 org dok cari pasal Ong Kim Swee kat blog neh...muahahahaha. Kejadian ni berlaku lepas adanya n3 ni.... keh3x

yang ni hak last week


yg ni plak this week...  :)

mesti dorg frust kan, sbb lain yg di cari, lain yg mendapat... apa2 pong selamat mencari..... :D

Tuesday, December 6, 2011

Cuti-Cuti Malaysia - from Penang to Kelantan

Salam.....

Semua gambar kat bawah ni kita org ambik masa on d way ke kelantan dari Penang (Majlis Kahwin Adik Ipar). Malangnye, sebab terlalu sibuk sangat amik gambar sampai lupa yg sebenarnye xde satu pun gambar kira org kat klate... :D

Venue: Dataran Juang Tentera Darat
Aplikasi Gambar: Klik Sini

Monday, December 5, 2011

Cuti-Cuti Malaysia - Penang

Salam....

last week kami ke Penang sempena majlis pernikahan adik hb. So saje nak share pengalaman kami skeluarga ke Penang baru2 ni. Plan asal mmg nak gi Penang je hihihi. hb pun cuti lama so, x sangka plak, instead planned nk gi satu negeri, last2, kita org TERPERGI Kelantan  n Terenganu skali. Apa pun kita org berbesar hati bkongsi perjalanan kami bermula dengan pengalaman di Pulau Mutiara ni dulu. *ayat x leh blah...keh3x* Lain2 akan muncul kemudian. Layannnnn...

Venue 1: Bertempat di Masjid dan rumah pengantin perempuan di Bayan Lepas, Penang
Tarikh: 25/11/2011
Aplikasi Gambar: Klik Sini