Tabung Maya Puteriku :P

Monday, October 31, 2011

Jalan2 Bukit Tinggi :)

Salam....

hmmm, baru nak update cite hak 2minggu lepas...ahaha.... yg bab Cameron tu akan menyusul kendian.... kalau rajin la... (matik la kalau hb tau, dia dh siap edit ngan uplod skali gambo, tinggal nak menaip pon maleh...hahaha)

kalau weken cam biasa kitaorg akan bawak si gurl keluar... kalau x sesaja jenjalan... tgk wayang la kami if ada cite  baru...
kebetulan ada cite Real Steel yg kitaorg dok aim nak nengok lama dah.... so melayanlah kami anak beranak.... tp sblm tu harus la isi dl perut yang berkeroncong tuh.... :) movie start kol 2, so ada masa la skit nak mkn ke nak ape2 ke....

habis layan movie yg hebat, dalam kol 4 kot.... hb kata jom ke ke bukit tinggi.... (ni gara2 si EL la dok berjimba2 kat sana...ehehehe) niat nak ke sana tu dah lama.... cuma mcm malasssss je.... kalau busan2 pon naik genting je...huhuhu

sampai sana dlm kol 5kot.... singgah kat animal farm ke ape nama tempat neh..... n3 fees RM3 sorg.... kecik je tempat nye.... jadilah layankan si gurl walaupon dia mmg penakut yg amat ngan haiwan..... (gurl panggil haiwan, x panggil binatang... :P)

layan je gambar ek, cite pon dah basi dah :P

ni kat entrance... masuk2 je nmpk kura2.... ce korg cari kat mana.... :)

Saturday, October 29, 2011

Lata Iskandar..... Tapah

Salam....



Kami di sini... Lata Iskandar... Odway to Cameron Highlands... :P

Friday, October 28, 2011

7 tahun yanng lalu..... :)

Salam......


7 tahun yang lalu, hari ini (28/10) bersamaan dgn hari khamis, jam 9:04pg..... lahirlah puteri kami seberat 3kg ke alam ini...
perasaan..... sukar utk digambarkan..... sama seperti ibu2 yang lain rasai....

sehingga kini, kamu masih lagi menjadi satu2nya puteri kesayangan kami.....
doa kami semoga kamu akan terus membesar.... sihat sentiasa... dan jadi kebanggaan kami...
kami jua berharap agar kamu akan belajar bersungguh2 dan jadi yang terbaik dalam apa jua bidang.....
kami tidak punya harta yg mewah utk kami tinggalkan buat kamu..... hanya dgn ilmu, InsyaAllah.... kamu tidak akan dipandang rendah, oleh itu, belajarlah tanpa rasa jemu..... puteriku...


.....................................

 :. ini dan... .:

:. ini... .:

si gurl bwk ke sekolah, kebetulan hari ni, skolah si gurl ada buat jamuan hari kanak2, so bleh la dia celebrate ngan kengkawannya..... eheheh... dia sibuk dr awal tahun nak buatkan kengkawannya goodies..... so cuti hr tu, p beli la jajan utk packing, belikan juga kek kecik utk dia mkn ngan kawan..... oklah tu, kata ada jamuan, kang beli besar2 membazir plak.... :P


tahun ni x dapat potong kek ngan mummy n daddy, so posing je lah ngan kek.... hehehe

Thursday, October 27, 2011

Wordless.....

Salam.....


br dapat paper English utk exam yg hr tu.... Alhamdulillah, syukur... hati dok risau pasal math si gurl :P

Teka Teki Tekuk....

Salam....

Kalau korg bijok, cuba korg teka, apekebendanyer nih, :)

Siapa Muammar Muhammad Al-Gaddafi.....

Salam.....

Bukan mengundang apa2 isu yang tidak diingini.... Sekadar berkongsi dgn kwn2 mayaku.... :)

....................


Isu Global
SEBELUM ANDA BUAT KONKLUSI BACA SEKALI KOMEN YANG ADMIN POSTKAN

Siapa Gaddafi sebenarnya?

BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, maka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan gila babi.

Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.

Wednesday, October 26, 2011

Gurl & Her Daddy.....

Salam.....

hari ni cadang nak pegi E-day kawan hb...
xtau nape, dlm kol 3lebih cmtu, hb kata sesak nafas.....
ingat x melarat, tapi x boleh tahan dah, tgk badan hb pon dah berpeluh2....
kol kawan hb, hantar Hospital Pantai....terus ke Emergency

doc cek2, kata angin tahap serius, tekan ke peparu...... tu sbb mcm xleh nafas....
siap muntah, cerybery skali... package....

usai amik ubat, terus balik umah-bg ubat-rehat
sekali mummy cek tgk2 daddy.... ada seketul roti kat tepi ....


dlm hati berkata2... ni mesti keje si gurl ni, kalau daddy nye sakit, dia lah yg beria2 yg menangis... sian....
sebelum dia tertido td pon dok ckp..

Mummy, Aty dh doa utk daddy...
Aty doa ape?
Aty doa slow2 jer.....
hmmm, yelah.... moga daddy cepat baik ye....


ni tertido dia, kepenatan.... sian.... sedih sgt dia td...
walau selalu bergaduh ngan daddy.... daddy tetap di hatinya..... :)
moga membesar jadi anak yg baik ye nak......

p/s : Happy E-day buat beliau, tahniah..... sori x dpt meraikan hari bahagia korg ye....

WW #3

Salam....


 :. cubaan pertama .:


:. cubaan seterusnya .:

p/s : korang penah maen x game nih, hb suka maen tiap kali layan si gurl kat game... :) so far, this is the highest no yg hb dapat....

Tuesday, October 25, 2011

Masih ada lagi yg begini.... Renung2kanlah......

Salam....

Usai membacanya membuatkan hatiku tertanya2.... Masih Ada lagi org yg sebegini di negara kita ye.... Mana janji2 wakil rakyat yg masa nak ngundi kata akan bela nasib rakyat????


.....................

Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.
Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.
Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.
Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.

Monday, October 24, 2011

Lawak Nama Jepun.... :P

Salam....


Hahahaha, terkekeh2 gelak, ade je idea dorg ni ye....


Sunday, October 23, 2011

Marco Simoncelli killed in accident at Malaysian MotoGP

Salam....

Mesti semua peminat2 motoGP dah tau kan pasal xcident yg melibatkan kematian Marco Simoncelli... Mmg ngeri tgk video ms dia jatuh motor tu..... Smpai tertanggal helmet.....

Nak tgk n baca details, klik sini...

Saturday, October 22, 2011

Kami di sini.... :P

Salam.....

Presenting.....



:.real steel.: muehehehe

Friday, October 21, 2011

Dah mcm robocop dah.... Hahaha

Salam.....

Masalah budak suka meniru masa exam mungkin akan dapat diatasi kalau dorg2 ni kena paksa pakai cm ni kot.....muahahaha



Kisah disebalik video van langgar budak umur 2thn di China.....

Salam.....

Sekadar berkongsi dgn kawan2 mayaku.....
Smg tak terjadi perkara begini di negara kita
Alangkah bertuahnya kita dilahirkan di bumi Malaysia yg bertuah ini...
Renung2kanlah......

...........................


~S.H.a.R.i.N.g~
Tau tak ? Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?

Admin yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...

"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?

Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.

Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,

die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !

JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~

So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.

JgN Lupa Klik LIKE pages bawah ni dan SHARE...kat kawan²
By: Agak², Bila Kita Boleh Couple~?
Share

Satu tgn bilangan Lima...... :)

Salam.....

Just nak coretkan lagu kenangan buat si gurl....
Lagu fav dia... :P

Satu tangan bilangan lima
Dua tangan bilangan sepuluh
Waktu solat ada lima
Zuhur Asar Maghrib Isyak Subuh
Zuhur Asar Maghrib Isyak Subuh
4, 4, 3, 4, 2
4, 4, 3, 4, 2


P/s : pandai cikgu2 skrg nak tackle hati murid2 supaya minat belajo ye, time aku dl mana ade cenggini.... Hehehehe

Wednesday, October 19, 2011

Suka-suka je.... :)

Salam....



Wordless Wednesday #2

Salam....


p/s : lepas kena marah, lupa dah pasal apa..... kesian plak...huhuhuh

Monday, October 17, 2011

Pensil & Pemadam Angry Birds.... :P

Sekadar selingan......

.......................


Pensil: Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

Pensil: Saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan ...saya.

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir..

:: Subhanallah... Indahnya sahabat ibarat pemadam ::

Puding Jagung Demam Exam

Salam......

ahaha.... suka suki je boh tajukkk.... :P

puding ni buat hari ni (read as semalam) ngan si gurl......
rasanya ada makan taun kot tak buat puding neh
hari tu ternampak makyung yang selalu kena pedih ulu hati buat... teringin la plak.... :)
buat pon skit jer, cawan kecik sbg sukatan... sbb kueh ni mmg x laku kat umah neh...hehehehe
dapatla dlm 3 bekas comey2 neh.... heheheh.... jadi la kan, dari membazir.....

selalunya buat xde pon boh kismis ni, boh jagung je bebyk.... aritu makyung buat dia boh, teringin nak rasa.... ehehehe


nak resepi kalu.... terjah sini


hmmm, esok (17/10) si gurl exam, sama la ngan anak kengkawan yg lain kan? demamnya belum baik sepenuhnya..... ada running nose plak tu....  semoga dia dapat jawab dgn baik dan lebih baik dari yang ini.... InsyaAllah

Filem Pendek : Melati

*AMARAN - INI POST MELEKAT !!!!

Salam....

filem pertama lakonan si gurl... "Terima Kasih Malaysia" :) bersama daddy ngan ucunya....


Melati sayangkan Malaysia. Anda bagaimana?



tolong like kat youtube yerk.... ehehehe

Sunday, October 16, 2011

Mana mak !!!

Salam......
terjumpa ni kat fb hb lagi... :)
sekadar berkongsi dan buat peringatan buat diri sendiri.....


.....................................................................

MANA MAK? PERINGATAN Untuk Anak-Anak Yang Lalai walaupun BAIK!

Oleh Ust Yusof Embong

Salam sahabat-sahabat dan anak-anak remaja,

Bacalah, jangan tak baca. Ana dah baca ....cukup2 menyentuh hati dan perasaan seorang yang bergelar ayah dan ibu, sampai menitis air mata....atau sekurang-kurangnya pasti akan bergelinangan air mata bagi anak yang dapat merasainya..



Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,



Artikel Terpesong tentang Human Milk 4 Human Babies - Malaysia; Surat kepada Editor Berita Harian by Ayuni Zainuddin on Friday, October 14, 2011 at 4:39pm

Salam.....

Terjumpa ni kat fb hb.... rsnya elok dikongsi bersama.... :)
Panjang skit artikelnya, kalau Ada masa, bacalah.....

...........................


Kepada pihak editor Berita Harian,
 
Perkenalkan diri kami, Ayuni Zainuddin, Nadine Ghows, Zaszima Abu-Samah, Ernadia Os'Hara, Chern Pei Wei, Jean Chuah, Shahida Ahmad Khan, Danielle Sweetman, dan Wong Hui Juan sebagai pengendali-pengendali Human Milk 4 Human Babies - Malaysia.
 
Kami amat terkilan dan marah akan artikel tulisan Nor Affizar Ibrahim dan Nor Afzan Mohd Yusuf bertajuk "Tawar Susu Ibu di Internet". Artikel berkenaan yang juga disertai denganteaser gambar bertulis "Percayakah perahan susu badan wanita berlambak di pasaran dan kini dijual di internet? Jawapannya dalam RATU, Berita Harian hari ini!"
 
Artikel berkenaan secara keseluruhannya menampilkan etika jurnalisme yang sungguh teruk dan tidak professional. Kami telah ditemuduga oleh hampir sepuluh akhbar-akhbar lain sebelum ini dan tidak satu pun yang seteruk ini.
 
Cik Afzan TIDAK langsung menemuduga walaupun salah seorang daripada kami untuk memahami latar belakang Human Milk Human Babies - Malaysia. Beliau hanya mengirim sebuah email yang tidak professional kepada saya begini hanya DUA hari sebelum artikel berkenaan dikeluarkan:
 
"Re: inportant
 
hi ayuni,
afzan from berita harian..can i get ur phone number..mine 019 ****** ..tq..want to ask you about breast milk..."
 
Sehari sebelum artikel ini dikeluarkan, Cik Afzan meninggalkan satu post di salah satu thread di HM4HB bertanya tentang keselamatan susu badan ibu lain. Perkara ini adalah sangat ASAS dan untuk seorang wartawan yang akan menulis sebuah artikel yang akan dibaca oleh umum untuk TIDAK TAHU tentang hal ini amat meralatkan. Ia seolah-olah Cik Afzan dan Cik Affizar tidak mengambil masa langsung untuk membaca tentang jaringan ini dan segala maklumat tentang jaringan ini telah sedia ada di lama Facebook kami. Buat pengetahuan Cik Afzan, EBM adalah Expressed Breast Milk dan BUKAN Extra Breast Milk. 
 
Ini sahaja menunjukkan betapa Cik Afzan dan Cik Affizar tidak membuat kajian menyeluruh tentang HM4HB sebelum menulis tentang jaringan ini.
 
HM4HB adalah jaringan mencari ibu susuan yang dimulakan di Kanada oleh Emma Kwasnica dan kini bercabang di lebih 50 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Azerbaijan, United Arab Emirates, Singapura, Kuwait dan lain-lain. KAMI BUKAN SEBUAH ORGANISASI jadi kami tidak menyimpan data-data keluarga-keluarga yang terlibat. Kami percaya akan Pilihan Bermaklumat/Informed Choice.
 
Kami juga tidak MENJUAL BELI susu badan kerana jika terjadinya sedemikian, ketulenan susu itu tidak dapat dipastikan. Bila susu itu diderma secara percuma, kita tahu yang seseorang ibu itu benar-benar ikhlas. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan untuk sebuah keluarga untuk memberi upah yang sewajarnya kepada seorang ibu susuan seperti yang disebut dalam Surah At-Thalaq Ayat 6. 
 
Di setiap negara, HM4HB dikendalikan oleh aktivis-aktivis susu ibu yang berasal dari negara itu sendiri. Memandangkan fatwa di negara-negara Islam berkenaan mungkin adalah berlainan, kami pengendali di Malaysia bersikap proaktif dan berhubung terus dengan JAKIM untuk membincangkan isu ini. Alhamdulillah pihak JAKIM memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Sehingga saat ini, 13 bulan selepas HM4HB - Malaysia ditubuhkan, lebih 50 bayi-bayi dapat menikmati susu ibu dan ramai ibu-ibu yang tidak perlu bersedih kerana terpaksa membuang susu perahan badan apabila peti ais sudah tidak muat lagi.
 
Soalan-Soalan Lazim ini merupakan usaha kami untuk memberikan panduan yang sebaik mungkin untuk ibu bapa Muslim yang mahu mencari anak dan ibu susuan untuk belajar tentang Hukum Penyusuan dan berkongsi tanpa rasa gelisah. Kami hanya mampu menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Samada mereka melaksanakannya mengikut hukum syariat adalah tanggungjawab setiap individu dan keluarga itu sendiri. Mengharapkan kerajaan untuk memantau dan mengambil alih hal ini umpama mengatakan yang keluarga-keluarga ini bodoh dan tidak mampu membuat keputusan sendiri. Menjaga susurgalur mahram bukanlah sesuatu yang sukar. Kita tidak harus bersikap pesimistik. 
 
Kami berusaha keras untuk memartabatkan susu ibu dan mengembalikan budaya ibu dan anak susuan seperti yang diamalkan pada zaman Rasulullah saw. Bukankah ini lebih menepat tabii? Susu manusia untuk bayi manusia dan bukan susu lembu untuk anak manusia? Artikel yang teruk ini telah memperlekehkan usaha kami untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak kami!
 
Kami mahu pihak Berita Harian untuk menulis semula artikel ini dan membetulkan 'fakta-fakta' yang salah selain daripada meminta maaf daripada golongan ibu-ibu dan keluarga-keluarga yang terguris.
 
Yang benar,
Ayuni Zainuddin
Nadine Ghows
Ernadia Os'Hara Omar
Zaszima Abu-Samah
Chern Pei Wei
Jeanne Chuah
Shahida Ahmad Khan
Danielle Sweetman
Wong Hui Juan

Saturday, October 15, 2011

Nuffnang & The Mines

Salam......

dah lupa dah kejadian ni bila, tgk2 kat blog dah ada dlm draft .... usah lamo eh dok pegham.... :P

video ni hb dah edit, cantum mcm2 dah.... ada yang kelim tiket wayang dari Nuffnang, ada yang video pasal cari bintang The Mines (rasanya kot).....
rasanya pegi ni masa bulan puasa aritu, sbb kitaorg berbuka kat sana.... ehehe... 1st time tgk wayang masa bulan puasa... :)

so, layan jelah.....



ni plak event yang berlainan..... hb ngan kawan dia dok tgk kelim teket dari Nuffnang.... :)




:. hah, tu kawan hb dok tgh deal ngan staff Nuffnang .:


dapat 4 tiket, so bagi la kat dia 2keping p tgk ngan awek dia... :P
tks Mir.... lenkali akak mintak tlg ko lagi yek.... kalau la Nuffnang bermurah hati g nak bagi....muehahahaha

Nasi Ayam Sebungkus..... :)

Salam......

Sekadar selingan di pagi sabtu.... :)


A : mkcik, nasi ayam sebungkus.

M: ok.

A : nasi n ayam bungkus asing2 ya.

M: kenapa?

A: takut ayam tu makan nasi tu

M: -.-!

Friday, October 14, 2011

Double Quarter Pounder

Salam.....

:. Double Quarter Pounder utk mummy yg x demam... :) .:


dan chicken porridge made in McD buat si gurl yg demam utk diner kitaorg mlm ni... :P

The Sorcerer & The White Snake

Salam......



korang dah tgk ek cite ni? hari tu cadang kitaorg nak nengok cite ni.... tp x jadi...
nasib baik x tgk kat wayang...uhuhuhuh

smlm kami layan cite download ni, mmg x rugi pon kalau x tgk....
dah setengah cite, mcm... 'eh eh napa cite ni, mana lawan2 nye...napa slow sgt jalan cite nya..... '
kalau korang x tgk pon x rugi apa2....ahahaha
nasib baik x tgk kat wayang, kalau x berbakul2 agaknya aku dok membebel.... :P

kesimpulannya :-

1) Jet Li tu mesti rasa menyesal terima tawaran berlakon cite yg x best neh
2) yang watak Xu Xian mesti dok terfikir2, apa la role aku dlm cite neh
3) mesti pengarah dia rasa ni cite paling best di abad ini....muahahaha

dah2.... tu aje, mmg mendukacitakan lah lakonan Jet Li kali ni....

MAGGI - Chicken Soup

Salam....

:. Chicken Soup .:

buat puteriku... moga lekas sembuh ye nak.... (sekurang2nya dia nak makan, chicken soup segera & kosong je, x taruk ape2)

Angry Birds Buat Dia....

Salam.....

baru balik dari klinik bawak si gurl jumpa dokter...... demam dia x kebah2 dari semalam.....
harap baik sblm senin nih....hmmm... sian anak mummy ni, mlm td tido pon meracau gak sket2.....

hmmm, korang tau x pasal gameAngry Birds???
si gurl neh, dah lama dah dok sembang ngan mummy nye suh beli brg2 Angry Birds neh...
katanya kengkawan ada pensil angry birds lah, yg lagi satu kawan ada pencil box angry birds lah...
tp mummy nye buat xtau jer

smlm hb balik dari training, bawakan sesuatu buat si gurl.... dan2 tu gak nampak sihat.... tu yang x bawak dia p klenet smlm.... ingat dah nak baik....alih2 malam naik balik panas....


hmmm, ada buku nota,pencils, sharpener, eraser, pencil box sampai 2... ketep kuku angry birds pon ada.... :)


ni dia dok sibuk2 ngan brg2 dia, mummynye lupa nak snap masa belom bukak dari kotak... ehehe... bukan blogger tegar neh.. :P

sangat xcited nak pegi sekolah.... so far ni la 1st time dia tuang sekolah.... so mummy ckp, kena makan ubat, rehat cukup2..... nanti baru boleh pegi sekolah bawak brg2 Angry Birds tuh... :)

Thursday, October 13, 2011

Demam Dia..... :(

Salam.....

balik2 sekolah tadi, si gurl monyok...katanya demam..... tetiba plak, pg tadi ok je...
haish, cuaca x menentu nih, kalau panas....panas yg amat..... sian dia.... dah la ada perkara yg menyakitkan hati hari ni... maleh nak stori mori, menyakitkan lagi ade.....

suh dia rehat jap, laju2 bagi dia makan-nasi-makan-ubat-lap-badan..... x kasi dia mandi arini...
suh dia tido selubung......



:. close up skit .:

x sampai 5 minit, tido dah dia.... ada bunyi mcm org merengek.... sian anak aku neh..... huhuhu

moga2 bangun nanti sembuh ye nak, senin depan nak exam dah nih, haih......

The Three Musketeers & Bini2 ku Gangster.....

Salam....

Weekend haritu, sabtu.... mcm biasa.. hari jenjalan buat kami sekeluarga, terutamanya si gurl, yela kan, dok umah yg xde laman ni, weekend je la nak releasekan tensen... Sian gak si gurl tu kalau seminggu xde ke mana2..... At least sehari la, sabtu / ahad kami akan bwk dia jenjalan... Walau dekat ke Tesco Ampang, yg sekangkang monyet tuh, hehehehe

So last weekend kami ke Galaxy lagi, tempt biasa untuk kami layan wayang....:)
Cadang nak nengok bini2ku gangster... yang si gurl nak sgt tgk tu....tp hb kata kita tgk cite ni dl....
Yang cite bini2ku gangster tu kita layan AstroFirst... Kalau x pon beli DVD ori... Kt pasa mlm dh bersepah skang nih, heeee



Cite start kol 4pm, so ada masa lebih kurang 2jam.... makan dl... pastu ke salun kami, hb nak potong rambut.... 


Then hb bwk gurl layan kete kat bawah.... Sambil cheq buat sesuatu kat salun tu... Ngehh....

balik tu kami singgah ke pasa malam, angkat skali bini2ku gangster.... mlm kang buleh layan...muehehehe

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #1 (Vandalisme)

Salam.....

tak penah buat n3 WW.... :)


p/s : mesin air kat bwh umah, gara2 nak amik syiling, xtau nak marah sapa, dah xleh beli air dah...huhuhuhuh

Tuesday, October 11, 2011

Monday, October 10, 2011

Bayi 23 hari diliwat bapa kandung !!!!!

Salam.....

xtau nak cakap apa ngan bapa bb ni, binatang ke hape????? mmg akal lagi rendah dari binatang...... Astaghfirullahhhhhh...... sedih sgt..... 23 HARI tu....

*********************************


GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

**********************
By: Informasi Dot My

Sunday, October 9, 2011

Kreatif.... (Kitarsemula)

Salam....

video yang harus kita tonton bagi mengingatkan kita betapa beruntungnya kita (berapa byk kita daaa) sebagai ANAK MALAYSIA.....

kedaifan menjadikan mereka lebih kreatif....

Friday, October 7, 2011

Jumpa kat mana ekk???

Salam.....

Korang tau x kat mana signboard ni kita selalu jumpa? :P


Belanjawan 2012

Salam....

Dok teman anak buat keje sekolah smbl layan Bajet 2012.... Ada sesuatu yang menarik perhatian aku setakat ini.....

"Yuran persekolahan bagi sekolah rendah & menengah dimansuhkan bermula sesi persekolahan 2012"


Lepas ni apa lagi ye yg menarikk...... :)

Istirehat dalam Bebola... :P

Salam....

siang tadi dok belek2 Kosmo, terpandang satu pic yg menarik untuk dikongsi....

pic snap dari hp, so abaikan keblurannya...keh3x...

nampak x ada org baring kt dalam kotak merah tuh, mesti best kan?? nak2 kalau time ptg2... dah ada ke org buat kt  Malaysia.... tu kat Pekan Baru, Indonesia sanaaaa......

mintak khidmat en google, terjumpa pic ni plak.... di sini

heeee..... mesti sonok kan..... sapa penah sampai sini???

Thursday, October 6, 2011

Selamat Pengantin Baru Pakteh... :)

Salam......

ni update seringkasnya pasal majlis kawen pakteh (adik hubby) kat belah kitaorg.....
Alhamdulillah, dah selesai dah.....
layan pic je la ek....





kalau belah perak telor rebus biasa je sebagai bunga telor, kat belah kami telor pindang...... my MIL rebus 2hari2malam......


cari2 xdak plak yang pic bunga telor, telor saje pon jadi la...hehehehe


tahniah buat pakteh, moga bahagia dunia akhirat...
ni tunggu turn adik hb yang sorg lagi plak, so ke Penang kami... 26/27 nov ni...InsyaAllah....

Steve Jobs dead: Legendary Apple founder and former CEO, dies after long battle with cancer

Salam.....

Masa bw terjumpa n3 yang Steve Jobs (pengasas Apple) meninggal sebab kanser pancreas.... Berita lanjut di sini

Wednesday, October 5, 2011

Maju la Skang.......

Salam.....

korang tau tak ape ni..... aku, kalau x bagitau pon, mampuih tak tau....hehehe

 :. Batu Seremban .:

maju la skang ni hek, kalau dulu, batu seremban, kutip je batu2 tepi jalan, x pon batu sungai, yg advance skit main ngan guli....hehehe. skang ni siap jait boh lam kain tu..... :P

hari tu si gurl balik dari sekolah, cakap kengkawannya ada beli batu seremban kat luar pagar sekolah.... acc dah banyak kali dia ckp pasal batu seremban ni, tp mummy nya buat tak tau je.... :)
last2 kesian gak kat dia, kalau jual dalam pagar sekolah, dah lama dah dia beli.... ni kat luo pagar, mmg mummy nye x bagi keluar....
so smlm ckp ngan dia....

kalau nak beli batu seremban tu, ajak kawan sorg teman, lepas beli je, terus masuk balik, jgn nak main2 kat luo pagar ye....
ok, promise....
kalau main kat luar, nanti org jahat tangkap, potong tgn, pastu hantar aty kat pasa mlm, yg mintak2 duit tu,nak?
xnak.....
hah, jgn nak main2 kat luar pagar ye...
ok.....

skali dia balik2 smpai umah, basah lencun (kebetulan ujan)

napa main ujan?
kan mummy suh aty beli batu seremban, aty pegi la....
ler, kalau dah ujan, xyah la pegi, esok2 kan pakcik tu ada lagi....nanti demam x boleh pegi sekolah.... dah... bukak baju p mandi...... (alahaiii anak ku...huhuhuhu)

ni dah siap2 keje skolah, dok main sensorang, siap dok pujuk2 mummy main ngan dia...hehehehe

:. terkangkang2 hah main batu semban.....:

Monday, October 3, 2011

Berbaloi tunggu kurma 30 tahun....

Salam....

Terbaca artikel ni kat mymetro, menarik untuk di kongsi bersama..... :)

..................

ALOR GAJAH: Kesabaran seorang lelaki warga emas di Kampung Jelatang, dekat sini, menanti pokok kurma yang ditanam sejak lebih 30 tahun lalu berbaloi apabila tanaman itu mula mengeluarkan buah.

Hashim Sulaiman, 71, berkata, pokok kurma itu ditanam berpasangan sejak 30 tahun lalu kerana dia teringin melihat hasilnya, namun tidak meletakkan sebarang harapan tinggi.


“Ini disebabkan beberapa faktor yang menghalang pokok kurma berkenaan hidup subur dan berbuah dengan baik di negara ini berikutan faktor cuaca yang tidak menentu dan kurang bersesuaian.

“Saya tanam pokok ini (kurma) dengan niat hendak menunjukkan kepada anak cucu buah kurma yang segar kebiasaannya mudah didapati di negara Arab, tetapi saya tidak mengharap apa-apa dan kalau ia hidup pun saya sudah bersyukur,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.


Menurut Hashim, pada mulanya dia langsung tidak percaya dengan apa yang dilihat ketika itu kerana hampir terlupa dengan kewujudan pokok itu dan menganggap ada hikmah di sebaliknya.


Sementara itu, menantunya, Riat Osman, 39, turut terkejut selepas dimaklumkan bapa mentuanya bahawa pokok kurma yang ditanam 30 tahun lalu telah berbuah dengan lebatnya.

“Saya sangka mentua bergurau kerana sebelum ini saya tidak pernah mendengar kurma boleh berbuah di sini namun selepas melihat sendiri barulah saya percaya,” katanya.

....................

Seronoknya kalau pokok kurma boleh hidup kat Malaysia.... Xde la mahal sgt harganya kan...


P/s : pernah mkn yg fresh, tu pun kawan bagi masa dia keje ngan Airlines.... Mmg sedap.... :)