Tabung Maya Puteriku :P

Sunday, December 11, 2011

Ekzema.... sukar dikesan puncanya & Panduan Pengurusan

Salam......

sekadar rujukan buat diri dan berkongsi dgn teman2 yg ada anak Ekzema atau mengalaminya sendiri....

AMARAN *Artikel yg sgt pjg*


SALAH satu masalah penjagaan anak yang sering dihadapi kebanyakan ibu bapa adalah menguruskan bayi yang menghidap ekzema. Ekzema kanak-kanak atau lebih dikenali ekzema atopik bukan lagi asing di kalangan masyarakat hari ini.
Dianggarkan satu daripada lapan bayi menghidap ekzema dan jumlah ini semakin bertambah setiap tahun. Malah, pakar dermatologi menyifatkan ekzema penyakit negara perindustrian kerana kadar kelazimannya yang kian meningkat di negara maju.

Walau bagaimana sukar sekalipun merawat ekzema, sebenarnya penyakit ini boleh diuruskan dengan bijak sekiranya ibu bapa mengetahui cara pengurusan ekzema dengan betul.

Menurut pakar kanak-kanak daripada Klinik Pakar Kanak-kanak Baby & Beyond, Dr Su Lin Chow, ekzema atopik ialah sejenis penyakit kulit yang berlaku akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.



Ekzema boleh terjadi pada semua peringkat usia, paling umum pada bayi dan biasanya akan hilang selepas bayi berusia tiga tahun. Namun ada juga yang mengalaminya seumur hidup. Kebanyakan penghidap ekzema sering mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah yang sama serta alahan lain seperti asma atau rhinitis.

Kebanyakan pakar perubatan tidak mengetahui dengan tepat punca ekzema, tetapi mungkin disebabkan kepincangan dalam sistem imunisasi iaitu kelainan pada protein tertentu yang penting dalam mempertahankan permukaan kulit.

“Kebiasaannya ekzema terjadi disebabkan beberapa perkara seperti alahan kepada sabun, kosmetik, pakaian dan bahan pencuci selain persekitaran yang menyebabkan reaksi makanan, perubahan suhu atau kelembapan.

“Malah ada juga bayi yang alah kepada susu lembu. Bayi ini biasanya akan menunjukkan tanda seperti ruam setiap kali diberi susu formula berasaskan susu lembu atau ibu yang menyusu badan minum bahan daripada susu lembu,” katanya.

Sebab itu sekiranya ibu bapa mengesyaki kelainan pada kulit bayi, mereka digalakkan berjumpa doktor seberapa segera sebelum lebih memudaratkan bayi.

Menurutnya, doktor akan memastikan ruam yang timbul pada kulit bayi itu ruam biasa atau ekzema, ini kerana rawatan yang digunakan untuk kedua-dua masalah kulit ini berbeza.

Salah satu cara untuk melihat anak yang mengalami ekzema ialah apabila mudah berpeluh dan berasa gatal terutama ketika cuaca panas.

Selain itu, tanda lain ialah kulit kering dan merah. Kadang-kadang, ekzema boleh menyebabkan kulit melecet dan berdarah. Paling teruk apabila kulit menjadi kering dan bersisik sementara menggarunya berulang kali boleh menyebabkan kulit menebal dan berkerak.

“Ekzema biasanya terjadi pada wajah, leher dan di bahagian siku, lutut dan pergelangan kaki manakala pada bayi biasanya mudah kelihatan di sekitar dahi, pipi, lengan, kaki, kulit kepala dan leher,” jelasnya.

Perlu juga diingatkan kepada ibu bapa penggunaan bahan kimia dalam sabun bayi boleh membawa kepada timbulnya penyakit ini. Ini kerana sabun biasanya mengandungi bahan kimia tinggi dan mengeringkan kulit bayi seterusnya menyebabkan ekzema semakin teruk.

“Disarankan supaya ibu bapa yang mempunyai bayi menghidap ekzema menggunakan sabun khas yang tidak mengandungi steroid dan bahan kimia. Pemilihan produk sesuai kulit ini sangat berkesan bagi memastikan ekzema dapat dikawal supaya tidak menjadi lebih kronik,” katanya.

Selama lebih 50 tahun krim berasaskan steroid meluas digunakan untuk penghidap ekzema. Malangnya krim ini boleh menyebabkan kerosakan serta penipisan kulit yang akan mengurangkan sifat pelindung semula jadi kulit bayi. Kulit bayi juga mudah berparut akibat kesan jangka panjang krim berasaskan steroid. Malah penggunaan yang keterlaluan menyebabkan bahan ini masuk ke dalam saluran darah dan membawa kesan negatif yang lain.

Mengetahui kesan sampingan ini, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan I-Green (M) Sdn Bhd, Soo Kian Kheng menghasilkan produk untuk penghidap ekzema atopik.
Ini berdasarkan pengalamannya sendiri membesarkan dua anak, Soo Hui Xin dan Soo Hui Jing yang turut mengalami ekzema yang teruk.

“Selepas menyaksikan kesakitan dan ketidakselesaan dua anak yang menghidap ekzema, saya terpaksa melakukan sesuatu dengan menghasilkan produk rawatan kulit menggunakan bahan asli dan organik daripada pati tumbuh-tumbuhan.

“Saya inginkan produk yang bebas steroid kerana tidak mahu anak-anak terdedah kepada bahan kimia pada usia muda. Akhirnya selepas menjalankan kajian dan pelbagai percubaan, saya gembira kerana formula rangkaian produk Buds dapat dihasilkan seterusnya dipasarkan kepada pengguna,” katanya.

Ujarnya, penggunaan krim ini memberi tindak balas serta-merta. Ruam merah semakin berkurangan dan dalam masa beberapa hari ia hilang.

“Saya dan isteri begitu lega dan semua kerisauan dan kebimbangan kami hilang kerana kini bayi yang menghidap ekzema mampu dikawal dengan produk yang selamat,” jelasnya.

Selain tidak mengandungi steroid dan disahkan organik oleh EcoCert, rangkaian produk Buds Organics Super Soothing dipertingkatkan dengan seni prabiotik semula jadi iaitu mengandungi glucan alfa oligosaccharide yang menggalakkan kesihatan kulit serta meningkatkan kehadiran bakteria sihat dan pada masa sama, menghalang pertumbuhan bakteria yang tidak diperlukan.

Rangkaian Buds Organics Super Soothing mengandungi mandian dan losen serta buku mengenai pengurusan ekzema dan panduan penggunaannya.

Pembersih mandian mengandungi aloe vera, fructan dan prabiotik manakala losen membantu merawat dan menyembuhkan ekzema menerusi kandungan bahan yang menenangkan seperti daun lidah buaya, zaitun minyak jojoba serta bunga matahari.

“Pengurusan ekzema bukanlah sekadar memilih mandian dan krim badan yang tepat saja tetapi bagaimana membantu bayi untuk berada dalam situasi yang selesa.
Sebab itu rangkaian Buds Super Soothing ini dilancarkan dengan harapan dapat membantu ibu bapa menangani masalah ekzema anak mereka,” kata Pengarah Pemasaran I-Green (M) Sdn Bhd, Soo Siew Peng.

Selain pelancaran produk, majlis turut dihadiri 40 ibu bapa bersama bayi masing-masing yang menghidap ekzema.

Rangkaian produk ekzema Buds Super Soothing kini boleh didapati di farmasi Caring, Vitacare, butik Mothercare Mom’s Care dan rangkaian farmasi yang memasarkan produk organik. Dijual pada harga RM80 untuk satu pek.

Sementara itu, seorang ibu yang bayinya mengalami ekzema, Nor Fadzillah Haron, 27, berkata, walaupun ekzema pada bayi perempuannya yang baru berusia 10 bulan tidak begitu teruk namun Damia Nadyne Hannah kerap tidak selesa dengan keadaan itu.

“Selepas dilahirkan dua bulan, Damia mula mengalami ekzema pada seluruh badan yang menyebabkan saya membawanya berjumpa doktor. Doktor memberi ubat dan keadaan ekzema Damia pulih. Namun selepas beberapa bulan ekzemanya datang semula. Apa yang saya tahu produk mengandungi steroid tidak bagus untuk bayi jadi saya cuba elakkan dan mencuba produk organik Buds.

“Saya juga berpantang makan dan memastikan keadaan rumah bersih dan bebas habuk. Alhamdulillah selepas patuh pada arahan doktor, sedikit demi sedikit ekzema Damia mula berkurangan,” katanya.

Menurut Fadzillah, Damia mudah berasa tidak selesa apabila cuaca panas dan ruam akan timbul di merata tubuh daripada kepala hingga hujung kaki. Sebab itu dia akan pastikan suhu di rumah dalam keadaan terkawal juga tidak membawa Damia ke tempat terbuka dan panas.


Panduan pengurusan ekzema:



  • Elakkan mandi terlalu lama.




  • Jangan mandi air panas atau agak suam.





  • Gunakan sabun yang lembut, mempunyai kelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.




  • Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, serbuk pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekzema.




  • Memakai baju longgar, nipis dan diperbuat daripada kapas.




  • Elakkan makanan yang menjadi alahan kepada bayi seperti susu lembu, telur dan kekacang.




  • Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.




  • Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal dan rengsa.




  • Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada habuk dan kotoran.




  • Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzema.






  • *semua langkah2 tu mummy praktikkan, moga si gurl baik juga akhirnya.....Amennn*

    sumber

    3 comments:

    Mak Lagenda said...

    meisya pun dulu kecik2 ada ezema nih. Dia alergic protien dari lembu dan telur. Mujur semakin dia membesar, dia semakin pulih..

    gedek! said...

    Jawapan dari soalan blog uncle semalam: Ya.. pool Cheras.... Itu uncle punya playground tahu...!


    (OK... artikel paanjang ni sambong baca malam sikit... Memang paaaaannnnjaaannggg...!)

    mama aini said...

    abby susah kan penjagaan buat ank2 ekzema ni !!..ada ank kawan mama kena ekzema ni..kesian sgt ..gegurl pun ada ekzema ke?..semuga gegurl akan cepat pulih..