Tabung Maya Puteriku :P

Monday, October 17, 2011

Pensil & Pemadam Angry Birds.... :P

Sekadar selingan......

.......................


Pensil: Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

Pensil: Saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan ...saya.

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir..

:: Subhanallah... Indahnya sahabat ibarat pemadam ::

3 comments:

lagenda said...

ha ah..indahnya hidup kita jika mempunyai sahabat sebaik pemadam ni kan. Cuma, mak je yg x diberikan kesempatan utk mempunyai sahabat begitu...

MaMa AiNi said...

adakah lagi sahabat spt pemadam tu skrg ni kan ?..kerana skrg lbh ramai yg mementingkan diri sendiri..hu2x..

Melati Qistyna's Mummy said...

Legenda : hmmm tu la Mak, skang ni payah nak jumpa, mungkin sbb gaya hidup yg sibuk masing2..... Meh sini org jadi anak hangkat Mak, leh mkn sedap2 .... Hehehe, xmo jadi kawan baik Mak, hahaha


Mama aini : payah nk jumpa, so far pon abby xde kawan cenggitu.... :(