Tabung Maya Puteriku :P

Monday, October 3, 2011

Berbaloi tunggu kurma 30 tahun....

Salam....

Terbaca artikel ni kat mymetro, menarik untuk di kongsi bersama..... :)

..................

ALOR GAJAH: Kesabaran seorang lelaki warga emas di Kampung Jelatang, dekat sini, menanti pokok kurma yang ditanam sejak lebih 30 tahun lalu berbaloi apabila tanaman itu mula mengeluarkan buah.

Hashim Sulaiman, 71, berkata, pokok kurma itu ditanam berpasangan sejak 30 tahun lalu kerana dia teringin melihat hasilnya, namun tidak meletakkan sebarang harapan tinggi.


“Ini disebabkan beberapa faktor yang menghalang pokok kurma berkenaan hidup subur dan berbuah dengan baik di negara ini berikutan faktor cuaca yang tidak menentu dan kurang bersesuaian.

“Saya tanam pokok ini (kurma) dengan niat hendak menunjukkan kepada anak cucu buah kurma yang segar kebiasaannya mudah didapati di negara Arab, tetapi saya tidak mengharap apa-apa dan kalau ia hidup pun saya sudah bersyukur,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.


Menurut Hashim, pada mulanya dia langsung tidak percaya dengan apa yang dilihat ketika itu kerana hampir terlupa dengan kewujudan pokok itu dan menganggap ada hikmah di sebaliknya.


Sementara itu, menantunya, Riat Osman, 39, turut terkejut selepas dimaklumkan bapa mentuanya bahawa pokok kurma yang ditanam 30 tahun lalu telah berbuah dengan lebatnya.

“Saya sangka mentua bergurau kerana sebelum ini saya tidak pernah mendengar kurma boleh berbuah di sini namun selepas melihat sendiri barulah saya percaya,” katanya.

....................

Seronoknya kalau pokok kurma boleh hidup kat Malaysia.... Xde la mahal sgt harganya kan...


P/s : pernah mkn yg fresh, tu pun kawan bagi masa dia keje ngan Airlines.... Mmg sedap.... :)

7 comments:

kakngah said...

yg fresh tak kelat ke??

ASSOYFINGER67 said...

Teringin nak tengok!

mr.curly said...

perghhh..mmg xsie2 tgu 30thn..

p/s: nti wa nk try tanam buah melake lak arr camni..huhu

MaMa AiNi said...

abby...mama rasa lepas ni ramailah org2 kat malaysia yg pakat2 tanam pokok kurma ni !!..ha2x...apa kata kita tanam jugak pokok ni abby !!...
kalau mama tanam, tak sampai 2,3 hari dah mati pokok tu kot..

kakchik@ella said...

Haaa .. KC da baca cerita ni kat surat khabar aritu. BTW, Abby sehat?? lama tak nmpk. Hope u and family ok.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

yg fresh sgt sedap.yg kelat tu br petik dan lum msk sepenuhnya.saya tak suka

nnt saya blk saya bg akak sikit yg fresh ye.klu saya lupa ingatkan saya.ikhlas ni.nnt saya bg kurma nabi klu sempat beli.

Melati Qistyna's Mummy said...

kakngah : xlah ngah, manis2 buah gitu ngah :)


Assoy : tu lah, lom penah lagi tgk yg kat pokok, yang kat tangkai ngan daun penah la...heheheh


mr curly : lu kalau tnm buah mlake, tunggu lagi 30taun, mau lagi kinting rambut tu...hehehehe


Mama Aini : aah, tah2 pasni MARDI wat research cemana nak cepatkan pokok kurma berbuah... :)


KC : sihat je KC, weken lepas balik kg yg kenduri tu, penat lom ilang g, tu yang x berupdate n BW tu... :)


Lydia : betul2 mmg sedap... Ya Allah, terima kasih dear, lupa beli pon xpa, niat tu buat akak berbesar hati... tks bebyk dear.... :)