Tabung Maya Puteriku :P

Thursday, September 16, 2010

Tragedi balik KL - Bernamakamu 16 Sept 2010


Masa ondway balik KL kat jalan rompin-muadzham (tgh gelap masa tu) ada pokok tumbang. Pastu kat tengah2 dalam timbunan pokok, ada org (mangsa) ngan moto dia skali dalam tu. Dia menjerit2 mintak tolong. Disebabkan macam2 kes skrg org berlakon eksiden la, langgar belakang kereta la, pastu bila ...kita berhenti dia samun kita plak. Suasana plak gelap, ditambah kat tengah hutan. Ramai org x berhenti beri bantuan. So, aku x terkecuali.
Lakaran HB 1 : Tempat Kejadian Muadzham-Rompin
Tapi tu la kan, sifat peri-kemanusian Hubby(HB) kite tak chow macam tu aje. Otak dia pantas cari alternative. Lock pintu kete, kita org tunggu dalam kereta tepi jalan (jarak 10-20m dari tempat kejadian) sambil tunggu kenderaan lain datang. First Pajero, mangsa menjerit "Tolong cik, jangan tinggal saya" Sampai skrg tergiang2 kat telinga kita org. HB tahan Pajero tu, bagi high beam & lambai2 tangan suruh berenti, tapi ape dia buat? Dia on turbo pajero die, skali berdesuk memecut blah cam kene kejar hantu. Kita org sabar sabar, w/pun hati berdetik nak tolong mangsa, kita org ingat keselamatan Melati dalam kereta, kalau apa2 terjadi nanti, semua orang salahkan kita org. So, kita org tunggu lagi sampai satu lori kepala merah. HB lambai tangan kat uncle ni dia pun berhenti turun untuk menolong mangsa. Bila nampak dia turun HB pun cepat2 parking kete dan turun sama.
Lakaran HB 2 : Aku masih tunggu dalam kete
Masa tengah parking kite dengar uncle tu jerit kat HB, " Tolong angkat moto. Wa punya belakang ada sakit". Sakit tulang belakang la tu. Pastu, mangsa jerit, "x payah mintak tolong dengan dia, saya sudah mintak tolong, dia tak mau tolong". kecik hati HB kite. Dah la, kita org yang setia tunggu dia sampai org len datang. Kalau xde kita org, ntah bape lama lagi dia kene tunggu org yg betul2 berani nak berhenti tolong dia. Takpe sabar. Sampai je, HB tolong angkat moto, alih kan ke tempat selamat. Pastu HB cakap, mangsa dengan mulut dia yang berdarah, dia ckap kat HB "Saya mintak tolong u tak nak tolong". HB hampir nak marah tapi dia jawab sopan (Bulan Syawal kan). "Saya bawak budak kecik, harap paham" sambil menahan marah dan rasa bersalah dia kat mangsa. 
Lakaran HB 3 : Mangsa, cam okay aje
Lepas tu, mangsa suruh HB panggil kawan dia kat Felda ape ntah, kene patah balik. Aku dah mula cuak! Felda mana?, anak aku, ada muslihat ke?. HB dengan baik hati patah balik jugak, cari kawan dia keje jaga post guard kat Ladang kepala sawit. Sampai je kat post guard, tanpa keluar dari kete HB terus ckap " You punya kawan eksiden". Terus dia follow kita org. Sampai kat tempat kejadian, ramai dah org berhenti. Tapi xde sorang pun nak hantar mangsa ke Hospital. Mangsa mintak tolong kita org lagi, kebetulan, kereta cooper kita org memang sarat ngan barang, Melati plak tidur kat belakang. HB kite terpaksa menolak permintaan mangsa dengan cara baik dan berhemah. "Cam gini lah, saya tolong tahan kereta lain ye?"
Lakaran HB 4 : HB kite jalankan tanggung jawab

W/pun aku nangis dlm kete, tapi HB masih bermurah hati lagi (mungkin rasa bersalah kot) untuk menolong mangsa tahan kereta yang lalu lalang kat tempat kejadian. Alhamdulillah, tak lama kemudian, itupun  selepas beberapa kereta chow macam tu aje, ada dua pemuda tempatan naik Proton Saga Evo turbo tahap Felda berhenti tak macam yang lain2 main blah aje. Terus HB terpa dia dan cakap 3 points penting dalam tragedi ini "Pokok tumbang, Mangsa langgar pokok, Mulut berdarah, boleh tolong hantar ke hospital". Dia terus cakap "Ya" tanpa songeh/excuse. HB cakap, jawapan pemuda tersebut membuatkan dia semakin rasa bersalah. Ye la kan, pemuda tak teragak2 nak tolong mangsa sedangkan HB kite tadi, terpaksa tunggu dalam kete sampai orang len datang baru nak tolong dia.

Persoalan

  1. Salah ke kita org berhati2 sehingga lambat bagi bantuan atas sebab keselamatan anak perempuan kita org (Melati)?. HB cakap, ni semua salah penjenayah kat KL sampai kita org naik paranoid nak tolong org. 

  2. Org ni x bleh nak bangun, katanya motor timpa kaki dia. Tapi masa HB tolong, HB nampak, moto tu tak timpa pun si Mangsa. Bila dah angkat moto, elok aje dia bangun. Musykil.

  3. Kenapa org len tak nak berenti tolong dia walhal org tempatan yang lalu lalang sebelum tu? Mangsa kata dia dah lama eksiden kat situ.
Apa pun, pengajaran utk semua rakan, ambil langkah berjaga2 kalau nak tolong orang w/pun anda semua mmg baik hati cam HB kite, demi org tersayang. Biar ape pun org nak kata, asalkan niat kita betul.
p/s : Diolah semula dari petikan HB kite kat Facebook die. Gambar xleh nak olah semula..

14 comments:

suamihanyisterizuki said...

hurmm, tahniah sbb tolong org tuh, sy sokong tindakan yg dibuat tuh, berhati hati sgt penting...masa mcm ni kena pikir betol2...bkn taknak tolong, tp kite pon kena jaga keselamatan sendiri jugak kan....

apik pehe said...

btol tu kak..
apik pon kena pentingkan family dulu..
uhuhuhu..bagus la hubby akak

Lagenda said...

Mak pun setuju hb qiss pentingkan keluarga dulu.

Org sekarang ni mcm2 taktik nak wat jenayah!

Tp klu mak, slalu dah buat sesuatu, baru nak pikirkan risiko dikemudiannya..hakhakhak. Baguslah korang berhati2.

Melati Qistyna's Mummy said...

suamihanyisterizuki : tula org skang neh susah nk pecaya, bkn x kesian kt pakcik tuh, nilah bak kata org, kerna nila setiti rosak susu sebelanga... :P

Melati Qistyna's Mummy said...

apik pehe : hehe, tulah... famili first... tks :P

Melati Qistyna's Mummy said...

Lagenda : mak... lau ikot kan hb dia nk jer kuar kete terus... mmg pesen dia cenggitu... mudah kesian kt org, tp kite tahan dia... sbbnyer, dh la pepagi lg, kete yg lalu pown sket plak tuh, kang x pasal2 kitaorg lak ditimpa musibah...tu yg dia tahan kete len tuh, biar ape org nk kata... yg penting kite nk kena jaga famili kita gak kan... :)

mr.curly said...

wahhh!!! wa mmg sokong pe yg lu n hubby lu wat.. skg ni kite mmg kene ati2, kang naya lak.. tp kalu lu nmpak wa dlm keadan camtu, tlg cepat2 tau.. hehe

Melati Qistyna's Mummy said...

Kalau lu la kan, wa memang tolong cepat2, tapi x antar sepital. Wa antar pegi imegresen. Buleh? hihihi

armouris said...

info tentang tulang belakang di SIHAT SELALU - Masalah Cakera Tulang Belakang

mr.curly said...

ish3.. pesal anta imegresen qis??

azhar said...

telefon jerr 999 talian kecemasan...habis citer...

Rama2Ungu said...

mmg kene hati2 zmn skarang ni..kang kita nak tolong org, kita lak jadi mangsa..macam2 olah org nk buat jahat skarang kn.
tak slah pun nak hati2...

Melati Qistyna's Mummy said...

azhar : mslh nyer, sian lak kt pokcik tuh, bape lama dia kena tggu lak....huhu

Melati Qistyna's Mummy said...

rama2ungu : mg pon, seb baik pakcik tu x ape2.. skang neh kite kena ht2 lebih sket, sbb penjahat neh xleh nk nengok dr luaran jer... tks yea....